awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MKN perlu kaji semula SOP sambutan Tahun Baharu Cina - Lee Lam Thye

Bernama
Bernama
05/02/2021
09:56 MYT
MKN perlu kaji semula SOP sambutan Tahun Baharu Cina - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye berkata SOP yang diikuti rakyat Malaysia setakat ini adalah logik dan pasti akan memenuhi objektifnya iaitu mencegah penularan COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) untuk sambutan Tahun Baharu Cina semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata aktivitis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata SOP yang diikuti rakyat Malaysia setakat ini adalah logik dan pasti akan memenuhi objektifnya iaitu mencegah penularan COVID-19.
"Bagaimanapun, SOP terbaharu untuk sambutan Tahun Baharu Cina yang diputuskan MKN, hanya boleh diadakan di rumah dan terhad kepada ahli keluarga yang duduk serumah adalah tidak logik dan tidak masuk akal.
"Ahli keluarga yang tinggal berdekatan perlu dibenarkan makan malam bersama di rumah yang sama selagi mereka mematuhi SOP seperti menjaga jarak fizikal, memakai pelitup muka dan tidak memeluk antara satu sama lain. Semestinya mereka tahu bagaimana untuk menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah kepada keluarga tersayang," kata Lee dalam kenyataan hari ini.
BACA: Tarian singa, perarakan tanglung sempena Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan
BACA: SOP Tahun Baharu Cina: Kementerian Perpaduan Negara bawa rayuan masyarakat Tionghua ke MKN
BACA: Kerajaan buat kesilapan dalam SOP Tahun Baru Cina, dakwa Ti Lian Ker
Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan SOP untuk sambutan Tahun Baharu Cina termasuk upacara sembahyang hanya dibenarkan di rumah bersama ahli keluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SOP
#Tahun Baru Cina
#Tahun Baharu Cina
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#prosedur operasi standard
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Lee Lam Thye
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan