SEDANG ekonomi negara mencatatkan angka sebenar yang baik, angka jangkitan harian Covid-19 pula melambung tinggi sejak sebulan lalu – pertama menerusi angka 1,000-an, kemudian 2,000-an, diikuti 3,000-an dan 4,000-an pada Jumaat (7 Mei) dan Sabtu (8 Mei). Ia kemudian kembali 3,000-an pada 9 Mei dengan 3,733 kes.
Dari segi ekonomi, angka terbaru Jabatan Perangkaan menunjukkan kadar pengangguran Mac menurun 0.1% kepada 4.7% dengan jumlah pengangguran merosot 24,400 orang kepada 753,200 orang, berbanding 777,500 pada Februari. Malahan, jumlah orang yang bekerja pada Mac naik 0.2% atau 34,300 orang menjadi 16.08 juta, berbanding 16.05 juta pada Februari.
Sejak April 2020, jumlah orang bekerja merosot tetapi buat pertama kalinya setelah kemerosotan 11 bulan berturut-turut, jumlah mereka yang bekerja mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 0.6% (96,900 orang), menurut Ketua Statistik, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Majlis Pekerjaan Nasional (NEC) mengatakan seramai 150,597 pencari kerja telah berjaya memperoleh pekerjaan melalui 12 program yang dilaksanakan pada 23 April – melebihi unjuran kumulatif. Kerajaan, melalui NEC, mensasar mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan untuk tahun ini.
"Usaha kerajaan meningkatkan pelaburan berhasil mewujudkan 33,907 pekerjaan baru dan 76% berada dalam kategori mahir dan separuh mahir. Ini adalah sebahagian sasaran 160,000 pekerjaan baru dari komitmen pelaburan untuk 2021,” katanya dalam catatan Facebook pada 7 Mei.
Satu lagi perangkaan positif ialah Malaysia dijangka dapat meraih pelaburan langsung asing (FDI) tahun ini yang melebihi RM164 bilion, jumlah FDI tahun lalu.
Menurut Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Malaysia telah berjaya menarik FDI berkualiti tinggi bernilai RM81.9 bilion dari 240 syarikat sejak April – termasuk pelaburan dalam teknologi, inovasi, teknologi hijau, kenderaan elektrik dan sektor teknologi kewangan.
Ini bermakna purata FDI RM20.5 bilion sebulan yang memberikan unjuran konservatif RM246 bilion tahun ini, tidak termasuk pelaburan asing bernilai RM44 bilion yang kini dalam pelbagai peringkat penilaian, dan komitmen pelaburan yang diraih semasa misi pelaburan terbaru Azmin ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari akhir April hingga awal Mei.
Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), dari segi potensi pelaburan, syarikat-syarikat di Arab Saudi telah memberi komitmen pelaburan segera sejumlah RM200 juta di Malaysia. Pada masa sama, syarikat Arab Saudi juga telah memberi komitmen mendapatkan barang dan perkhidmatan Malaysia berjumlah RM833.5 juta, yang akan direalisasikan pada tahun-tahun mendatang.
Begitu juga untuk UAE, Miti mengatakan syarikat-syarikat Emirat telah memberi komitmen segera melabur secara keseluruhan sejumlah RM2.16 bilion di Malaysia dan membeli barang-barang Malaysia berjumlah RM470 juta.
Dan yang menarik ialah FDI yang diraih setakat ini tidak bersifat sepihak dalam erti kata hanya memberi tumpuan kepada Lembah Klang atau Semenanjung Malaysia. Syarikat SK Nexilis dari Korea Selatan, misalnya, bersetuju melipatganda pelaburan di Sabah dari RM2.3 bilion kepada RM4.24 bilion. Sementara pembekal komponen elektronik Jepun Taiyo Yu-den berhasrat melabur RM3.75 bilion mengembangkan operasinya di Sarawak.
Satu lagi angka ekonomi positif ialah Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Malaysia yang meningkat 53.9 pada April, pengembangan terkuat sejak Julai 2012 – menunjukkan peningkatan kukuh kesihatan sektor pembuatan, menurut IHS Markit.
“Data April menunjukkan pengeluaran meningkat pertama kalinya dalam sembilan bulan – rentak pertumbuhan paling kuat sejak Jun 2020. Syarikat biasanya mendapati pertumbuhan baru ekoran permintaan pasaran meningkat yang menyebabkan peningkatan pesanan.
“Jumlah pesanan baru juga kembali berkembang pada April, kenaikan pertama sejak September 2018. Rentak kenaikan itu kukuh, dan paling cepat dalam tujuh tahun, kerana pengeluar mendapati keyakinan pelanggan yang lebih kuat, terutama untuk produk baru. Tambahan pula, penjualan eksport baru meningkat pertama kalinya sejak November 2019, apabila permintaan di pasaran utama di seluruh Asia dan AS pulih,” katanya lagi.
Akhir sekali, perdagangan, eksport dan import mencapai rekod tertinggi apabila semuanya menunjukkan kenaikan pada Mac 2021. Jumlah dagangan berkembang 25.6% kepada RM185.74 bilion berbanding Mac 2020. Eksport naik 31%, melepasi RM100 bilion iaitu RM104.95 bilion. Import bertambah 19.2% kepada RM80.79 bilion dan lebihan dagangan melonjak 96.1% kepada RM24.15 bilion. Perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan mencatatkan pertumbuhan dua digit selama dua bulan berturut-turut.
Semua sorakan kepada angka positif hasil prestasi ekonomi yang baik boleh berubah menjadi tangisan jika jangkitan harian Covid-19 tidak dikawal.
Angka yang harus dipantau adalah jangkitan harian tertinggi sepanjang masa sebanyak 5,728 dicatatkan pada 30 Januari. Jika angka ini ditembusi, ia bermakna munculnya puncak barudalam jangkitan harian, bersamaan dengan permulaan gelombang keempat.
Oleh itu, adalah sangat penting membatasi angka jangkitan pada 3,000-an, dan kemudian menurunkannya menjadi 1,000an dan akhirnya jangkitan harian tiga digit untuk kita menghela nafas lega, walaupun ia bukan bermakna berakhirnya masalah.
Bagaimana ini dapat dicapai?
Kuncinya terletak pada perincian keperluan untuk menyeimbangkan antara kehidupan dan penghidupan yang bukan terlalu mudah untuk dicapai.
Beberapa hari kebelakangan ini, kita dapat melihat penguatkuasaan SOP yang lebih ketat seperti yang saya alami secara peribadi di tempat ATM untuk mengeluarkan wang tunai, apabila beberapa pegawai penguatkuasa memasuki juga, dan meminta semua orang menunjukkan aplikasi MySejahtera yang diimbas, atau dihentikan pegawai penguatkuasa hampir tengah malam untuk bertanya di mana destinasi saya semasa saya dalam perjalanan ke stesen pam untuk mengisi petrol.
Juga, potensi perjalanan rentas negeri melalui Lebuhraya Persekutuan yang tidak disekat kini disekat melalui sekatan jalan oleh pihak polis.
Kerajaan tidak perlu menunggu jangkitan harian mencecah 3,000-an untuk penguatkuasaan ketat ini, kerana ia seharusnya menjadi ciri utama penguatkuasaan selagi jangkitan harian belum mencapai tahap dua atau tiga digit, lebih-lebih lagi ketika jangkitan harian berada di paras 1,000-an.
Dan tidak seperti di gerai burger di Kelantan yang didenda RM 50,000, pegawai penguatkuasa yang saya temui di ATM sangat sopan dan tegas – sebilangan kecil yang tidak mengimbas aplikasi MySejahtera mereka diberi teguran lisan dan disuruh keluar untuk mengimbas aplikasi mereka, dengan butiran peribadi mereka diambil tanpa disaman.
Ini adalah penguatkuasaan dengan hati, yang pastinya akan menawan banyak lagi hati, atau seperti yang dijelaskan oleh rakan saya di EMIR Research, Jason Loh, penguatkuasaan empati atau prihatin dalam artikelnya, "Pegawai penguatkuasa, tolong tunjukkan empati".
Kerajaan juga mesti memperbaiki komunikasi kepada rakyat agar semua SOP dapat difahami dengan mudah dan tidak kelihatan bertentangan. Tetapi rakyat juga harus memahami ini adalah pertama kalinya pandemik seperti ini menimbulkan pilihan sukar antara penakatan ekonomi dengan kesihatan awam, lantas menerima perubahan dalam SOP yang diumumkan kerajaan setiap kali ia mendapat maklum balas baru.
Masalah tidak akan berkurangan jika perubahan ini disindir dengan cemuhan pusingan U-turn kerana hakikatnya, formula kejayaan dalam perang melawan virus Covid adalah tanggungjawab peribadi dan sosial semua warga berhubung dengan amalan asas kebersihan diri 3W dan mengelakkan 3C.
Amalan 3W – mencuci (wash) tangan, memakai (wear) pelitup muka, dan memperhatikan amaran (warning) KKM mengenai berjabat tangan, etika batuk dan bersin yang baik, dapatkan rawatan jika simtomatik, membasmi kuman permukaan yang sering disentuh, dan tinggal di rumah. 3C pula terungkap dalam amalan mengelakkan tempat sesak (crowd), ruang terbatas (confine), dan perbualan rapat (close).
Selain penguatkuasaan lebih ketat, apa yang perlu dilakukan kerajaan adalah memastikan khidmat jagaan kesihatan tidak terbeban agar jangkitan harian pada angka 5,000-an dapat ditangguhkan atau lebih baik lagi, dihapuskan.
Apa yang perlu dilakukan rakyat pula menggarap sedalam-dalamnya ketibaan gelombang keempat akan membawa kepada situasi lebih dasyat yang impaknya akan menghambat semua pencapaian ekonomi, apatah lagi jumlah korban jiwa yang ditanggung. Lantaran itu, adalah terlalu amat penting untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
* Jamari Mohtar adalah Pengarah, Media & Komunikasi di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Jamari Mohtar
Wed May 19 2021
Antara perangkaan positif ialah, Malaysia dijangka dapat meraih pelaburan langsung asing tahun ini yang melebihi jumlah tahun lalu iaitu RM164 bilion. - Gambar hiasan REUTERS
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.