PEMAIN tengah West Ham, Tomas Soucek, menyelar ugutan bunuh yang diterima Mike Dean di media sosial berikutan insiden pengadil itu menghadiahkan dua kad merah kontroversi.
Dean mengarahkan Soucek meninggalkan padang pada masa kecederaan ketika Hammers seri 0-0 dengan Fulham, Sabtu lalu, selepas pemain Republik Czech itu menyiku Aleksandar Mitrovic secara tidak sengaja.
Kejadian itu menyusuli keputusan Dean untuk turut bertindak keras terhadap tonggak Southampton, Jan Bednarek, dalam kemenangan 9-0 Manchester United di Old Trafford, empat hari sebelumnya.
Dean melayangkan kad merah dalam kedua-dua perlawanan itu selepas meneliti menerusi video bantuan pengadil (VAR) namun hukuman tersebut dibatalkan dan kedua-dua pemain berkenaan tidak perlu menjalani penggantungan.
Dean dilaporkan diminta agar tidak mengadali sebarang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada hujung minggu ini selepas dia dan keluarganya menjadi sasaran ancaman di media sosial.
Soucek kemudian mempertahankan Dean sambil menegaskan apa yang berlaku di padang harus dibiarkan di sana.
"Apa sahaja keputusan yang dibuat di atas padang harus kekal di lapangan," katanya di Twitter.
"Saya tidak suka mendengar kehidupan peribadi seseorang terganggu jadi saya memberikan sokongan kepada Mike Dean dan ahli keluarganya.
"Tidak perlu mengugut atau seumpamanya. Ia sudah berlalu dan saya sekarang fokus kepada baki saingan musim ini."
Astro Arena
Tue Feb 09 2021
Dean mengarahkan Soucek meninggalkan padang pada masa kecederaan ketika Hammers seri 0-0 dengan Fulham, Sabtu lalu. - Foto Astro Arena
Abdullah syukur juruterbang, pelatih pesawat yang dibantunya dalam keadaan sihat
Abdullah memberikan bantuan kepada jurulatih penerbangan dan pelatih sebuah pesawat ringan yang terhempas di Ladang Besout 2 Tambahan, bulan lepas.
Sepanyol putuskan untuk sertai kes genosid terhadap Israel di ICJ
Sepanyol membuat keputusan itu demi membawa kembali keamanan serta kerana komitmennya terhadap undang-undang antarabangsa.
Pihak berkuasa Indonesia dan Thailand bekerjasama buru 'raja dadah' Fredy Pratama
Polis Republik Indonesia mendedahkan bahawa rakan sejawat mereka dari Thailand kini sedang melancarkan operasi besar-besaran untuk menangkap raja dadah Indonesia, Fredy Pratama.
Operasi besar-besaran di PPR, pemilik sewakan kepada pekerja asing dikenakan tindakan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming tegaskan perbuatan menyewakan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada pekerja asing melanggar perjanjian yang telah dibuat.
KPM akan bertemu dengan 11 PIBG sekolah Cina
Kementerian Pendidikan akan mengadakan pertemuan dengan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari 11 sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) dan sekolah menengah Cina di Pulau Pinang bincang isu berkaitan penggunaan bahasa di sekolah.
Kem basikal trek bawa basikal baharu ke Olimpik Paris 2024
Kem berbasikal negara mendapat suntikan dalam perjuangan membutirkan emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024 apabila bakal menerima basikal baharu WX-R Vorteq versi temasya itu.
XPDC Kita Pengyu lancar tabung prihatin bantu isteri pengulas sukan Astro
Anggota XPDC Kita Pengyu berasa terpanggil untuk turut sama membantu meringankan beban Akbar memandangkan Astro selama ini banyak membantu mereka dalam industri muzik tanah air.
KKM semak semula amalan kerja tangani beban kerja petugas di hospital
KKM juga mengambil langkah lain untuk menangani cabaran sedia ada antaranya dengan mengoptimumkan taburan pesakit dengan adanya hospital kluster.
AWANI Ringkas: KPKT akan buat operasi besar-besaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan sedia bincang permasalahan pemilik hartanah Kampung Sungai Baru
Kerajaan bersedia berbincang mengenai permasalahan dihadapi 100 pemilik hartanah Kampung Sungai Baru berkenaan penilaian hartanah mereka.
Soucek kesal pengadil Mike Dean diugut bunuh
Dean mengarahkan Soucek meninggalkan padang pada masa kecederaan ketika Hammers seri 0-0 dengan Fulham, Sabtu lalu.