awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abdullah syukur juruterbang, pelatih pesawat yang dibantunya dalam keadaan sihat

Bernama
Bernama
06/06/2024
10:01 MYT
Abdullah syukur juruterbang, pelatih pesawat yang dibantunya dalam keadaan sihat
Ketua Polis Daerah Muallim, Supt Mohd Hasni Mohd Nasir (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Abdullah Abdul Talib yang menyelamatkan dua mangsa kejadian nahas kapal terbang di Hutan Simpan Besout pada 4 Mei lepas. - Foto Bernama
TANJONG MALIM: "Cukup sekadar mengetahui mereka sihat," hanya itu diharapkan Abdullah Abdul Talib yang memberikan bantuan kepada jurulatih penerbangan dan pelatih sebuah pesawat ringan yang terhempas di Ladang Besout 2 Tambahan, bulan lepas.
Penyelia ladang berusia 37 tahun itu berkata dia cukup gembira setelah menerima khabar daripada jurulatih penerbangan berkenaan Kapten Shahrul Imran yang menghubunginya untuk memaklumkan keadaan selepas insiden itu.
"Buat masa ini kami belum bertemu tetapi dia (Shahrul) telah beberapa kali menelefon dan mengucapkan terima kasih atas bantuan saya pada hari kejadian, itu pun sudah buat saya bersyukur dan gembira," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Abdullah yang telah sembilan tahun bekerja di ladang tersebut menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim di sini atas tindakannya itu.
Dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi pada 4 Mei lepas, sebuah pesawat ringan jenis Cessna 172 jatuh berdekatan Ladang Besout 2 Tambahan menyebabkan Shahrul, 30-an dan pelatih Le Ho Jia, 20-an mengalami kecederaan.
Mengimbas kejadian itu, Abdullah yang berasal dari Sandakan, Sabah berkata dia menjadi individu pertama tiba di lokasi kejadian dan ternampak Le meminta bantuan di luar pesawat ringan yang terhempas.
Katanya dia dimaklumkan oleh wanita berkenaan mengenai Shahrul yang masih berada dalam pesawat dan mengalami kecederaan.
"Saya kemudian membantu memegang dia (Shahrul) sehingga bantuan tiba," katanya.
Abdullah berkata dia turut diberikan saguhati oleh syarikat ladang tempatnya bekerja atas jasanya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berikan bantuan
#pesawat terhempas
#Abdullah Abdul Talib
#jurulatih penerbangan dan pelatih
#pesawat tingan
#Ladang Besout
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan