awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPA batal keputusan PSEE, senarai hitam calon terlibat salah laku integriti

Bernama
Bernama
28/10/2021
20:32 MYT
SPA batal keputusan PSEE, senarai hitam calon terlibat salah laku integriti
SPA telah mengenal pasti calon yang melakukan salah laku integriti dengan mewujudkan kumpulan tertentu dalam WhatsApp dan Telegram.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah membatalkan keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) serta menyenarai hitam calon yang didapati terlibat dalam salah laku integriti semasa menduduki peperiksaan itu.
SPA dalam kenyataannya memaklumkan hasil pemantauan dan siasatan pihaknya mendapati ada calon yang tidak bertanggungjawab semasa menduduki PSEE.
"SPA telah mengenal pasti calon yang melakukan salah laku integriti dengan mewujudkan kumpulan tertentu dalam WhatsApp dan Telegram, bertujuan menawarkan perkhidmatan berbayar penyediaan jawapan atau bersubahat melakukan aktiviti peniruan dan perkongsian jawapan bagi tujuan lulus PSSE," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut SPA memandang serius perkara tersebut dan menegaskan bahawa permohonan calon terlibat bagi sebarang jawatan lain tidak akan dipertimbang.
Pencarian di ruang Telegram mendapati wujud beberapa kumpulan antaranya 'Bank Soalan PSEE' dan 'PSEE Daya Menyelesaikan Masalah' yang memuat naik set soalan, jawapan beserta cara kerja bagi soalan penyelesaian masalah.
Turut dimuatkan peringatan kepada anggota kumpulan bahawa mereka dilarang menghantar sebarang soalan dalam kumpulan terbabit ketika peperiksaan berlangsung.
PSEE merupakan ujian aptitud yang dijalankan secara dalam talian sebagai saringan awal kepada pemohon pekerjaan merangkumi penilaian pengetahuan am, keupayaan dalam penyelesaian masalah dan ujian kefahaman Bahasa Inggeris.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
#SPA
#batal keputusan peperiksaan
#Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan