awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan kurnia masjid baharu di Batu Muda
PBB kesal keputusan AS tarik diri daripada organisasi antarabangsa
Kastam catat kutipan hasil RM76.18 bil pada 2025, lepasi dua kali unjuran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPA lulus 1,223 kakitangan kontrak KKM - Dr Noor Hisham

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
24/10/2020
11:40 MYT
SPA lulus 1,223 kakitangan kontrak KKM - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, kebanyakan mereka terdiri daripada anak kelahiran tempatan. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA:Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) meluluskan pelantikan 1,223 kakitangan kontrak di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, daripada jumlah itu, 624 orang adalah jururawat Gred U29, penolong pegawai perubatan Gred U29 (336), penolong pegawai kesihatan persekitaran Gred U29 (213) dan juruteknologi makmal perubatan Gred U29 (50).
"Daripada sejumlah 624 jururawat Gred U29 yang diluluskan, seramai 317 orang akan ditempatkan di Sabah, manakala 18 lagi akan ditempatkan di Labuan.
"Kebanyakan mereka terdiri daripada anak tempatan," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, selaras dengan kelulusan tersebut, KKM akan mengeluarkan surat tawaran pelantikan kontrak kepada calon yang berjaya pada Isnin ini dengan tarikh lapor diri ditetapkan pada 28 Oktober.
"Kementerian Kesihatan berharap dengan pertambahan petugas kesihatan tersebut, akan dapat memperkukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan di negeri-negeri yang berkenaan, khususnya di Sabah dan Labuan," katanya.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#kakitangan kontrak
#lantikan baharu
#SPA
#Sabah
#PKPB
#PKPD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan