MALAYSIA
Spa tiga tingkat tawar khidmat seks diserbu Imigresen Kuala Lumpur

Kesemua wanita ditahan dipercayai bekerja sebagai pelayan seks melibatkan enam wanita Indonesia, lima wanita Vietnam, dua wanita Bangladesh dan masing-masing seorang wanita Mongolia dan China. - Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Berselindung di sebalik rumah urut bagi mengaburi mata pihak berkuasa daripada menghidu kegiatan pelacuran yang dijalankan, akhirnya dibongkar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menerusi serbuan Ops Gegar hari ini.
Serbuan dilakukan ke atas spa tiga tingkat yang terletak di dalam sebuah bangunan di Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang sekitar 4.45 petang berdasarkan aduan orang awam.
Ketua Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata semasa serbuan, seramai 22 individu ditahan terdiri daripada 15 wanita warga asing, lima lelaki warga asing dan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 19 hingga 36 tahun.
Beliau berkata kesemua wanita ditahan dipercayai bekerja sebagai pelayan seks melibatkan enam wanita Indonesia, lima wanita Vietnam, dua wanita Bangladesh dan masing-masing seorang wanita Mongolia dan China."Premis ini menawarkan pakej seks dan urutan badan atau perkhidmatan seks sahaja dengan anggaran harga sekitar RM250 sehingga RM450, bergantung kepada warganegara pelayan seks terbabit," katanya di lokasi serbuan hari ini.
Wan Mohammed Saupee berkata, dua lelaki tempatan yang berperanan sebagai penjaga premis ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi, mengupah atau menggaji pendatang tanpa izin.
"Kesemua warga asing termasuk lelaki dipercayai pekerja atau pelanggan premis ditahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas atau permit yang dikeluarkan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
"Sebanyak tujuh notis saman kepada saksi telah dikeluarkan kepada pelanggan dan pekerja bagi hadir membantu siasatan di Jabatan Imigresen Malaysia WP Kuala Lumpur," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami