awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPAD, MIROS siasat punca bas Rapid KL terbakar

Bernama
Bernama
13/10/2016
23:04 MYT
SPAD, MIROS siasat punca bas Rapid KL terbakar
Siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran bas berhenti-henti Rapid KL (T521) LRT Sri Rampai-Seksyen 10 Wangsa Maju. -Bernama
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan siasatan dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya( MIROS) untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran sebuah bas berhenti-henti Rapid KL (T521) LRT Sri Rampai-Seksyen 10 Wangsa Maju.
SPAD berkata ia akan menjalankan audit terperinci berhubung pematuhan Kod Amalan Keselamatan Industri SPAD (ICOP) Rapid KL.
Prasarana juga diarah menyerahkan laporan terperinci mengenai insiden tersebut kepada SPAD, kata suruhanjaya itu dalam kenyataan di sini.
Bas milik Rapid Bus Sdn Bhd itu terbakar pada 4 petang berhampiran pusat beli-belah Aeon Big Wangsa Maju di sini, pada Khamis.
SPAD juga memuji tindakan pantas kapten bas itu mengarahkan enam penumpang supaya segera turun daripada kenderaan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini. - Bernama
Topic Berkaitan
#LRT Sri Rampai-Seksyen 10
#SPAD
#Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
#T521
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan