awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPCA Selangor gesa masyarakat bantu buru pendera kucing

Bernama
Bernama
13/09/2018
14:33 MYT
SPCA Selangor gesa masyarakat bantu buru pendera kucing
LAM THYE: Penting bagi rakyat Malaysia untuk melaporkan kes penganiayaan haiwan dan bertindak sebagai saksi semasa perbicaraan. - Gambar fail
Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Selangor menggesa semua pihak membantu polis dalam usaha memburu dua lelaki yang baru-baru ini dirakam kamera litar tertutup memasukkan seekor kucing ke dalam mesin pengering kain di sebuah premis dobi layan diri di Gombak.
Penaungnya Tan Sri Lee Lam Thye berkata masyarakat perlu tampil untuk membantu polis dalam kes itu kerana perbuatan tidak berperikemanusiaan seperti itu tidak boleh dibiarkan dan dua lelaki itu perlu menerima hukuman berat mengikut undang-undang.
"Tindakan tegas perlu diambil terhadap sesiapa sahaja yang berterusan mendera haiwan termasuk anjing dan kucing liar. Haiwan tidak boleh bercakap atau menjerit meminta tolong apabila didera, tetapi ini tidak bermakna ia tidak berasa sakit apabila diperlakukan dengan kejam," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Isteri saya tak boleh tidur malam, menangis dan trauma - Adam Corrie
BACA: Kes bunuh kucing: Pelaku ada masalah mental, perlukan kaunseling
Dilaporkan perbuatan kejam itu berlaku pada pagi Selasa (11 Sept).
Lee juga berharap Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut menyiasat kes itu supaya suspek dapat didakwa di mahkamah mengikut Akta Kebajikan Haiwan (AWA) 2015.
"Juga penting bagi rakyat Malaysia untuk melaporkan kes penganiayaan haiwan dan bertindak sebagai saksi semasa perbicaraan berikutan banyak pendera haiwan terlepas daripada tindakan kerana tiada siapa mahu tampil dan bertindak sebagai saksi dalam kes berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#2015
#AWA 2015
#CCTV
#kucing
#Lee Lam Thye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan