Seramai 11,289 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2014.
Mereka merupakan 2.62 peratus pelajar yang mendapat gred A+, A dan A-.
Sebanyak 9,438 daripada mereka adalah calon sekolah Kementerian Pendidikan, manakala 2,078 lagi calon selain daripada sekolah di bawah kementerian.
Keputusan itu sekali gus mencatatkan penurunan berbanding 13,970 calon pada tahun 2013.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, ketika mengumumkan Analisis Keputusan SPM 2014 di sini hari ini berkata sebilangan besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang itu terdiri daripada kumpulan calon yang menduduki sembilan dan 10 mata pelajaran.
Beliau berkata penurunan itu antara lain disebabkan sikap calon yang sering meramalkan bentuk soalan pada setiap tahun adalah sama sehingga menyebabkan mereka mengulang kaji mengikut cara lama, lapor Bernama.
"Dulu boleh jangka (soalan), tapi mulai tahun lepas kita dah ubah (pengolahan soalan), soalan tetap sama, standard sama, cuma memerlukan cara pemikiran yang berbeza.
"Tapi bagi calon yang memberi tumpuan pada pelajaran dan ilmu, mereka tetap akan mendapat keputusan yang cemerlang," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2014 di sini hari ini.
Katanya indeks yang diguna untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN) yang jika semakin kecil nilainya menunjukkan pencapaian yang lebih baik.
"Indeks GPN tahun lalu adalah 5.08 berbanding 4.93 pada 2013 menurun sebanyak 0.15," katanya.
Khair berkata prestasi mata pelajaran pula diukur menggunakan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) iaitu nilai yang lebih kecil menunjukkan prestasi mata pelajaran yang lebih baik.
Katanya berdasarkan GPMP tahun 2014, sebanyak 28 daripada 73 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 43 menurun manakala dua lagi mengekalkan prestasi sama seperti sebelumnya.
"Bagi mata pelajaran teras, prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam meningkat sebanyak 0.14 GPMP iaitu 4.28 pada tahun 2014 berbanding 4.42 pada 2013.
"Prestasi bagi mata pelajaran teras yang lain iaitu Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Pendidikan Moral; Sejarah; Matematik dan Sains, menurun.
"Mata pelajaran Pendidikan Moral menunjukkan penurunan tertinggi sebanyak 0.38 mata GPMP iaitu 4.70 pada tahun 2014 berbanding 4.32 pada 2013," katanya.
Khair berkata bagi mata pelajaran elektif pula, sebanyak 27 daripada 66 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi.
Katanya dalam bidang elektif sains, mata pelajaran Sains Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi yang tertinggi sebanyak 0.18 mata GPMP iaitu 5.31 pada 2014 berbanding 5.49 pada 2013.
Dalam bidang elektif teknikal, mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam; Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik; Reka Cipta dan Teknologi Komunikasi dan Maklumat menunjukkan peningkatan prestasi, katanya.
"Mata pelajaran Reka Cipta mencatat peningkatan yang signifikan sebanyk 0.71 mata GPMP iaitu 3.03 pada 2013," katanya.
Tambah Khair mulai SPM 2014 sejumlah 34 mata pelajaran aliran vokasional tidak lagi ditawarkan kepada calon, sebaliknya mata pelajaran itu kini ditawarkan kepada murid yang mengikuti program di Kolej Vokasional.
Mengenai pensijilan SPM, Khair berkata sebanyak 364,742 calon SPM 2014 yang pertama kali menduduki dan mendaftar untuk sekurang-kurangnya enam mata pelajaran teras layak mendapat sijil.
Khair berkata daripada jumlah itu sebanyak 334,729 merupakan calon sekolah Kementerian Pendidikan, manakala selebihnya atau 29,995 merupakan calon selain daripada sekolah di bawah kementerian.
Dalam pada itu, beliau berkata jurang pencapaian calon di bandar dan luar bandar mengecil sebanyak 0.05 mata GPN iaitu 0.55 pada 2014 berbanding 0.60 pada tahun sebelumnya.
Bagaimanapun beliau berkata pencapaian calon di bandar dalam SPM tahun lalu menurun sebanyak 0.17 mata GPN iaitu 4.85 berbanding 4.68 pada 2013.
"Pencapaian calon di luar bandar tahun lalu juga menurun sebanyak 0.12 mata GPN iaitu 5.40 berbanding 5.28 pada tahun 2013.
"Ini menunjukkan penurunan pencapaian calon di luar bandar adalah 0.12 mata GPN lebih rendah berbanding 0.17 mata GPN untuk calon di bandar," katanya.
Selain itu, Khair berkata jumlah calon berkeperluan khas untuk SPM tahun lalu meningkat daripada 883 pada 2013 kepada 964 iaitu pertambahan sebanyak 81 orang.
Katanya daripada jumlah keseluruhan 964 calon berkeperluan khas itu, tiga yang mempunyai masalah rabun dan dua lagi dengan kecacatan lain, berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran diduduki.
"Kejayaan mereka menunjukkan bahawa semua calon berpeluang untuk cemerlang dalam peperiksan SPM," katanya.
Sebanyak 455,839 calon menduduki SPM tahun lalu yang diadakan dari 3 Nov hingga 3 Dis, berkurangan sebanyak 14,556 atau 3.1 peratus.
Astro Awani
Tue Mar 03 2015
Seramai 11,289 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2014. -Gambar fail
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Rusia larang rakyatnya kunjungi AS
Menerusi satu taklimat, Rusia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain, atas alasan mereka boleh ‘diburu’ oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
Ukraine lancar peluru berpandu ATACMS ke pangkalan Rusia
Rusia mendakwa Ukraine melancarkan serangan peluru berpandu balistik buatan Amerika Syarikat (AS) jenis ATACMS ke arah sebuah pangkalan udara tentera di kawasan Laut Azov.
Perang dengan Iran? "apa sahaja boleh berlaku" - Trump
Presiden Pilihan Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan bahawa kemungkinan perang dengan Iran masih terbuka ketika ditanya dalam wawancara dengan majalah Time.
Trump menyatakan bahawa situasi global kini sangat tidak menentu dan menegaskan bahawa "apa sahaja boleh berlaku" berkaitan konflik dengan Iran.
Trump menyatakan bahawa situasi global kini sangat tidak menentu dan menegaskan bahawa "apa sahaja boleh berlaku" berkaitan konflik dengan Iran.
Tenun Pahang Diraja tersedia di menara 188
Produk kraftangan Tenun Pahang Diraja seperti pemegang kunci, tali leher, bekas pensil yang bercorak istimewa kini boleh didapati di menara Kuantan 188, Pahang.
Yoon pertahan undang-undang tentera, tolak dakwaan lakukan pemberontakan
Yoon berkata beliau menggunakan kuasa presiden untuk mengisytiharkan undang-undang tentera bagi "melindungi negara".
SPM 2014: 11,289 calon peroleh keputusan cemerlang
Seramai 11,289 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2014.