awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPM 2017: Lebih ramai lulus Matematik, hasil pengajaran yang berkualiti

Zaim Ibrahim
Zaim Ibrahim
16/03/2018
12:25 MYT
SPM 2017: Lebih ramai lulus Matematik, hasil pengajaran yang berkualiti
Pencapaian SPM tahun 2017 bukan sahaja menunjukkan peningkatan daripada segi GPN, malah mata pelajaran Matematik menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.
Peningkatan memberangsangkan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 bagi mata pelajaran Matematik baru-baru ini disifatkan hasil pengajaran berkualiti oleh guru di sekolah.
Ketua Kluster Sains dan Matematik Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said berpendapat, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keputusan baik itu.
"Infrastruktur di sekolah telah ditambah baik bagi mewujudkan bilik darjah yang kondusif.
"Selain itu, pihak Kementerian Pendidikan sentiasa melantik guru yang cemerlang serta mempunyai komitmen yang tinggi bagi meningkatkan prestasi pelajar.
"Ketiga, sikap berdaya saing antara pelajar turut menyumbang kepada peningkatan prestasi ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Pada pengumuman yang dibuat 15 Mac lalu, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata, keputusan SPM 2017 mencatatkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.90, pencapaian lebih baik berbanding 5.05 pada 2016.
Keputusan mata pelajaran Matematik menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan di mana 82.1 peratus daripada 371,419 pelajar lulus berbanding pada 76.6 peratus daripada 367,317 pelajar pada 2016.
Pada masa sama, Hassan berkata, pelan strategik yang dirangka kementerian bagi meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran Sains dan Matematik turut menunjukkan hasil yang positif.
Tambahnya, pencapaian dalam subjek Matematik ini merupakan satu petanda baik bagi berdepan arus Industri 4.0 selari dengan keperluan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
“Pihak MPN meletakkan sasaran 60 peratus pelajar terlibat dalam bidang STEM bagi mengikut arus Industri 4.0. Walaupun jumlahnya masih kecil, ia tetap akan membantu perancangan kita,” katanya.
Topic Berkaitan
#bertambah baik
#Industri 4 0
#ipta
#kejuruteraan
#Majlis Profesor Negara
#Matematik
#Sains
#SPM 2017
#STEM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan