awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga reda terima berita kematian Nadia Kesuma
Serpihan dipercayai pesawat ATR 42‑500 hilang ditemui di Bukit Bulusaraung
Edits perkenal fungsi tambah pautan dalaman pada Reels
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Spotify perkenal ciri baharu untuk pengalaman audio lebih tersusun

Amanz
Amanz
22/08/2025
06:45 MYT
Spotify perkenal ciri baharu untuk pengalaman audio lebih tersusun
Pengguna boleh melaras tetapan audio seperti kelantangan dan equalizer, serta menerima panduan padanan tempo dan kunci lagu untuk peralihan yang lebih semula jadi. -Amanz
SPOTIFY hadir dengan ciri baru untuk pengguna Premium yang membolehkan mereka menambah dan mengubah cara lagu disambung dalam senarai main.

Ringkasan AI
  • Spotify memperkenalkan ciri baharu untuk pengguna Premium yang membolehkan mereka menyesuaikan peralihan lagu dalam senarai main menggunakan gaya seperti Fade dan Rise.
  • Pengguna boleh melaras tetapan audio seperti kelantangan dan equalizer, serta menerima panduan padanan tempo dan kunci lagu untuk peralihan yang lebih semula jadi.
  • Senarai main boleh dihias dengan pelekat dan label khas, serta dikongsi atau disunting bersama rakan sesama pengguna Premium.

Ciri ini masih dalam fasa ujian dan membolehkan pengguna mencipta pengalaman mendengar yang lebih menarik dan tersusun.
Pengguna boleh memilih senarai main sedia ada atau mencipta yang baharu, kemudian mengaktifkan ciri peralihan lagu dengan menekan butang “Mix”.
Terdapat pilihan automatik untuk gabungan segera atau pengguna boleh menyesuaikan gaya peralihan seperti “Fade” dan “Rise” mengikut cita rasa masing-masing.
Selain itu, tetapan seperti kelantangan, equalizer (EQ) dan kesan audio turut boleh dilaras agar setiap sambungan antara lagu kedengaran lebih menarik.
Spotify juga membantu pengguna baharu memahami cara mencampur lagu dengan lebih mudah. Antara panduan yang disediakan termasuk padanan tempo dan kunci lagu supaya peralihan kedengaran lebih semula jadi.
Beberapa genre seperti House dan Techno digalakkan kerana lebih sesuai untuk peralihan lagu yang lancar. Susunan lagu juga boleh dirancang mengikut tahap yang sesuai.
Pengguna juga boleh mencipta paparan senarai main menggunakan pelekat dan label khas disediakan. Senarai main yang telah diubah turut boleh dikongsi atau disunting bersama rakan yang juga pengguna Premium. -Amanz
Topic Berkaitan
#Spotify
#Fade dan Rise
#premium
#equalizer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan