GEORGE TOWN:Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) akan memastikan nasib semua peniaga di Pangkalan Raja Tun Uda terbela selepas perpindahan operasi feri ke Terminal Kapal Persiaran Swettenham (SPCT).
Pengerusinya Datuk Tan Teik Cheng berkata pihaknya telah berjumpa dengan semua peniaga yang terkesan dengan perpindahan operasi feri untuk pejalan kaki dan jaminan telah diberikan kepada mereka.
"Saya telah memberi jaminan kepada mereka (peniaga) bahawa kita dalam perancangan untuk memindahkan mereka buat sementara waktu ke SPCT supaya mereka boleh teruskan perniagaan.
"Kami memerlukan masa lebih kurang dua minggu untuk proses pengubahsuaian di SPCT sebelum mereka dibenarkan untuk berniaga di situ," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan hari pertama operasi bot laju Pulau Pinang di sini pada Jumaat.
Beliau berkata SPPP juga berhasrat untuk tidak mengenakan sewa buat sementara waktu kepada peniaga yang akan berpindah dari Pangkalan Raja Tun Uda ke SPCT.
Tan berkata setakat ini, hampir 10 gerai di Pangkalan Raja Tun Uda terkesan dengan perpindahan operasi feri untuk pejalan kaki ke SPCT.
Sebelum ini, peniaga di Pangkalan Raja Tun Uda bimbang mengenai masa depan perniagaan mereka selepas operasi feri untuk pejalan kaki dipindahkan ke SPCT yang terletak kira-kira 1 kilometer dari tempat mereka berniaga sekarang.
Sementara itu, Tan berkata perkhidmatan dua buah bot laju membawa penumpang pejalan kaki yang mula beroperasi sejak 6.30 pagi tadi berjalan lancar dan dijangka mampu mencapai 10,000 orang sehingga 11 malam nanti.
"Kapasiti maksimum satu bot laju ini adalah 200 penumpang dan kami menyedia satu bot untuk setiap 30 minit," katanya.
Bermula Jumaat, perkhidmatan bot laju akan digunakan bagi membawa penumpang pejalan kaki menggantikan feri ikonik, yang sudah beroperasi kira-kira 126 tahun di negeri ini.
Feri sedia ada pula hanya akan digunakan bagi penunggang basikal dan motosikal sehingga Julai 2022 manakala perkhidmatan feri untuk membawa kereta ditamatkan sepenuhnya bermula Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 01 2021

SPPP juga berhasrat untuk tidak mengenakan sewa buat sementara waktu kepada peniaga yang akan berpindah dari Pangkalan Raja Tun Uda ke SPCT. -Bernama

AWANI Ringkas: Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Tringgus, Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dakwaan cuba disogok: Natrah buat laporan SPRM
Natrah, yang merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat.

Pindaan Akta 728 mampu luaskan bidang kuasa Maqis
Perkara itu sudah di peringkat akhir penelitian oleh pihak Jabatan Negara sebelum dibawa ke Parlimen untuk proses kelulusan.

Hadi Awang yakin rakyat boleh nilai kerajaan mana lebih baik
Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik.

Polis tahan warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan tawar gelaran Datuk palsu
Penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada Istana Kelantan.

5 hari padam kebakaran tapak pelupusan sampah
Operasi dilakukan dengan menggunakan teknik pemadaman yang dibahagikan kepada empat sektor.

COVID-19: Perintah sekatan di Auckland kembali dilonggarkan ke tahap dua
Sebarang perhimpunan sosial dihadkan kepada 100 orang pada satu masa.

COVID-19: Kelonggaran sekatan di UK mula dengan pembukaan sekolah pada Isnin
Orang ramai digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard dan berjaga-jaga agar sekatan tersebut tidak lagi terbatas selepas ini.

Polis tahan 2 lelaki Thailand miliki ganja mampat lebih RM100,000
Dua lelaki Thailand ditahan bersama 42 ketul ganja mampat bernnilai lebih RM100,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Charuk Tenang, dekat Sik, pada Sabtu malam.

SPPP pelawa pihak berkelayakan kemuka cadangan untuk pajakan feri
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang pelawa pihak berkelayakan mengemukakan cadangan masing-masing bagi tawaran pajakan feri ikonik Pulau Pinang untuk dijadikan muzium atau restoran terapung.

SPPP beri jaminan nasib peniaga Pangkalan Raja Tun Uda terbela
SPPP juga berhasrat untuk tidak mengenakan sewa buat sementara waktu kepada peniaga yang akan berpindah dari Pangkalan Raja Tun Uda ke SPCT.

Tawaran ubah suai feri Pulau Pinang jadi produk pelancongan akan dibuka
Dua buah feri sedia ada akan diubah suai sebagai restoran terapung, muzium atau pelayaran pelancongan.

Orang ramai ambil peluang naik feri Pulau Pinang buat kali terakhir sempena cuti Krismas
Pengunjung dari luar juga turut berkunjung ke negeri itu hanya semata-mata ingin merakam kenangan menaiki pengangkutan yang menjadi ikonik Pulau Mutiara itu.

Hanya orang 'Tanjong' dan 'Bagan' saja yang tahu sedihnya
Kalau operasi feri ni dihentikan atau tukar, memang sedih la.

Feri Pulau Pinang: Kerajaan negeri masih tunggu penjelasan - Chow
Pihaknya akan memberi masa kepada kedua-dua pihak mendapatkan gambaran jelas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan.

Bot laju ganti feri Pulau Pinang bermula 1 Januari 2021
Bot laju baharu yang akan diperkenalkan itu digunakan untuk membawa penumpang pejalan kaki sahaja.

Bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang direman berhubung kes terowong
Terdahulu, lelaki berusia 50-an itu dibawa ke lokap berkenaan dengan kenderaan SPRM pada jam 1.45 tengah hari dan dibawa keluar pada jam 4 petang .

Prasarana ambil alih operasi Feri Pulau Pinang bermula esok
Bermula esok 1 Mei 2018, perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menjadi mercu tanda negeri itu akan diambil alih sepenuhnya oleh Prasarana Berhad (Prasarana).

Isu feri: Kerajaan Pulau Pinang ulang tawaran ambil alih operasi
Kerajaan DAP Pulau Pinang mengulangi tawarannya untuk mengambil alih perkhidmatan feri di negeri itu dalam usaha mengelak masalah kenaikan tambangnya.