awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR dicadang laksana undi pos bagi pengundi Sabah, Sarawak berada di Semenanjung

Bernama
Bernama
15/10/2025
12:37 MYT
SPR dicadang laksana undi pos bagi pengundi Sabah, Sarawak berada di Semenanjung
Perkara itu wajar dilaksanakan SPR sebagai sebahagian daripada usaha reformasi institusi itu, kata Khoo Poay Tiong. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen mencadangkan supaya sistem undi pos dilaksana bagi memudahkan anak-anak Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung atau sebaliknya menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya.
Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berkata perkara itu wajar dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sebahagian daripada usaha reformasi institusi itu.
"Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ini, saya nak cadang benarkan undi pos ini dilaksanakan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di Dewan Rakyat hari ini.
Pada 6 Okt lepas, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada PRN Sabah ke-17.
SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh penting bagi pilihan raya berkenaan, esok.
Sementara itu, Chow Kon Yeow (PH-Batu Kawan) berkata usaha ke arah pemeteraian perjanjian bersama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri berhubung perkongsian hasil cukai negeri atau pulangan kembali hasil kutipan kepada setiap negeri perlu dilaksanakan segera.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata usaha berkenaan termasuk pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mencapai model perkongsian yang lebih relevan serta memanfaatkan rakyat di negara ini.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#undi pos
#SPR
#pengundi Sabah
#pengundi Sarawak
#Semenanjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan