awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR terima pemakluman kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubor

Bernama
Bernama
25/08/2014
04:23 MYT
SPR terima pemakluman kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubor
SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.01 Pengkalan Kubor pada 29 Ogos - Gambar Hiasan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam berhubung kekosongan kerusi bahagian pilihan raya DUN N.01 Pengkalan Kubor, Kelantan.
Kekosongan itu berikutan kematian penyandangnya Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos.
"Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.01 Pengkalan Kubor pada 29 Ogos, pukul 9 pagi bertempat di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mesyuarat khas itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang akan membincangkan tarikh penting seperti tarikh Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian Awal, Hari Pengundian Biasa, Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam PRK itu nanti serta persiapan lain yang diperlukan.
Mesyuarat itu kemudian akan disusuli dengan sidang media oleh Abdul Aziz.
Topic Berkaitan
#DUN
#Noor Zahidi Omar
#Pengkalan Kubor
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan