awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR terima watikah pembubaran DUN Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
29/06/2023
13:10 MYT
SPR terima watikah pembubaran DUN Negeri Sembilan
Mohd Heikal berkata watikah itu diserahkan oleh Mohd Amin di pejabat SPR negeri di sini. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan semalam.
Pengarah SPR negeri, Mohd Heikal Kamarudin berkata watikah itu diserahkan oleh Setiausaha DUN Negeri Sembilan, Mohd Amin Ludin di pejabat SPR negeri di sini.
"Setiausaha DUN Negeri Sembilan hadir ke pejabat saya semalam dan menyerahkan dokumen proklamasi pembubaran DUN," katanya kepada Bernama hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, semalam, mengumumkan tarikh pembubaran DUN Negeri Sembilan pada Sabtu ini, (1 Julai) selaras dengan perkenan Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Negeri Sembilan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.
Negeri Sembilan memiliki 36 kerusi DUN yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dipimpin Aminuddin menguasai 20 kerusi (DAP-11, PKR-6, Amanah-3) dan diikuti Barisan Nasional (BN) 16 kerusi (UMNO-15 dan MIC-satu)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#watikah
#tarikh pembubaran
#SPR
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan