Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini belum membuka kertas siasatan berhubung 101 projek rundingan terus yang diluluskan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Azam Baki.
Beliau berkata pihak SPRM masih membuat analisis terhadap kesemua projek berkenaan sama ada ia mempunyai unsur rasuah atau sebaliknya.
"Di bawah amalan Perbendaharaan, ada tiga kaedah untuk mengeluarkan tender bagi sesuatu projek dan salah satunya adalah secara rundingan terus.
"Kita sekarang sedang melihat dan mengkaji senarai syarikat yang menerima projek-projek berkenaan dan menilai sama ada terdapat unsur rasuah ataupun tidak dalam rundingan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab bersempena Program Cakna Rasuah:SPRM Bersama Media Zon Selatan di sini, hari ini.
Pada 24 Ogos lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat mendedahkan bahawa pentadbiran negara ketika diterajui PH selama 22 bulan, meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.
Dalam perkembangan lain, Azam berkata sejak 2015 hingga Ogos 2020, sebanyak 1,196 maklumat telah diterima oleh SPRM Melaka berhubung rasuah dan salah guna kuasa yang dilaporkan oleh orang awam.
Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, sebanyak 427 fail telah dibuka dan 119 penjawat awam telah ditangkap dan didakwa di mahkamah atas kesalahan menyalahgunakan kedudukan untuk memperoleh suapan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 02 2020
Azam (tiga, kiri) ketika sesi dialog bersama media pada program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Selatan, hari ini. --fotoBERNAMA
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
SPRM belum buka kertas siasatan berkaitan 101 projek rundingan terus - Azam
Pihak SPRM masih membuat analisis terhadap kesemua projek berkenaan sama ada ia mempunyai unsur rasuah atau sebaliknya.
Projek rundingan terus bercanggah manifesto PH - Annuar Musa
Annuar Musa tidak menjadikan satu projek yang diterima kementeriannya menerusi secara rundingan terus sewaktu pentadbiran lepas sebagai isu atau masalah.
Dua projek rundingan terus KPKT di luar pengetahuan menteri - Zuraida
Zuraida memberi jaminan KPKT akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
Henti politik isu 101 Projek : Saya hanya menjawab soalan - Zafrul
Beliau selaku individu bertanggungjawab terhadap isu perbendaharaan negara hanya menjawab soalan yang dikemukakan Ahmad Maslan.
Wujud sebahagian daripada 101 projek rundingan terus di KKR - Fadillah Yusof
Fadillah berkata pihaknya masih belum mendapat anggaran sebenar jumlah kos projek berkenaan dan masih lagi menyemak butiran lanjut mengenainya.
Kerajaan tidak akan dedah status penyumbang Tabung Harapan
Identiti penyumbang dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989.
Isu lulus 101 projek secara rundingan terus: Guan Eng sifatkan ia sebagai 'lumrah'
Kata Guan Eng, atas faktor keselamatan, kerajaan perlu memberi projek secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat tertentu.