awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM buka 25 kertas siasatan berhubung isu pengurusan COVID-19

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
02/06/2022
04:00 MYT
SPRM buka 25 kertas siasatan berhubung isu pengurusan COVID-19
Azam berkata ia merangkumi pelbagai isu kesalahan dan telahpun memanggil mereka yang terlibat untuk membantu siasatan. -Astro AWANI
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka 25 kertas siasatan berhubung salah urus pengurusan COVID-19.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata ia merangkumi pelbagai isu kesalahan dan telahpun memanggil mereka yang terlibat untuk membantu siasatan.
"Saya cuma nyatakan ia berkaitan pengurusan COVID-19 dan sedang kita siasat. Jadi apa-apa laporan kita akan maklum.
"Kita memanggil dalam 25 kertas siasatan ini ada banyak, sebab setiap satu kes itu berbeza bukan sama," kata Azam.
Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Program Pemantapan Wartawan bersama SPRM, di sini, hari ini.
Azam juga tidak menafikan kes turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ditanya apakah SPRM akan turut memanggil bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkaitan itu tersebut, beliau berkata sebarang kemungkinan tindakan akan dilakukan mengikut keperluan termasuk memanggil beliau.
"Ia mungkin satu daripadanyalah, bergantung kepada keperluan.
"Sebab itu saya katakan tadi ada 25 kertas siasatan dalam pelbagai isu, jadi tidak semestinya Menteri Kesihatan sahaja yang akan dipanggil.
"Kita tengok siapa-siapa yang terlibat, kita akan panggil," kata Azam.
BACA: Dr Adham sedia beri kerjasama kepada SPRM siasat isu perolehan COVID-19
Perolehan COVID-19 | Dr Adham sedia beri kerjasama siasatan SPRM
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#Adham Baba
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan