awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun
21 tahun Tsunami: Musibah menjadi berkah perdamaian kekal di Aceh
Arteta dikritik sekat kreativiti Eze
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM buka 8 kertas siasatan babitkan kakitangan kerajaan Pulau Pinang

Bernama
Bernama
21/11/2022
04:15 MYT
SPRM buka 8 kertas siasatan babitkan kakitangan kerajaan Pulau Pinang
Kerajaan negeri telah dan akan mengambil tindakan terhadap semua laporan lengkap SPRM berhubung salah laku melibatkan Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan Negeri.
GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak lapan kertas siasatan terhadap kakitangan kerajaan negeri berkaitan kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, sepanjang 2020 hingga 2022.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri terbuka bagi menerima sebarang siasatan berkaitan jenayah rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Exco), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kakitangan kerajaan Negeri.
"Sebarang bentuk kesalahan akan disiasat oleh agensi penguatkuasaan dan disabitkan kesalahan oleh pihak pendakwaan," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Mohd Yusni Mat Piah (Pas-Penaga) yang ingin tahu mengenai jumlah kes SPRM yang disiasat di Pulau Pinang melibatkan Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan Negeri.
Chow juga berkata bagi siasatan yang melibatkan kakitangan kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) boleh mengambil tindakan di bawah Peraturan 44, Peraturan-Peraturan Penjawat Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau Peraturan-Peraturan Penjawat Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pulau Pinang) 1997 bagi tujuan penahanan kerja sekiranya melibatkan prosiding jenayah.
Selain itu, katanya kerajaan negeri telah dan akan mengambil tindakan terhadap semua laporan lengkap SPRM berhubung salah laku melibatkan Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan Negeri, sekiranya kes tersebut tidak disabitkan kesalahan di peringkat mahkamah.
"Kerajaan negeri tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan laporan SPRM," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#kertas siasatan
#kakitangan kerajaan
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan