awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM kerjasama dengan Polis Australia tangani rasuah, jenayah rentas sempadan

Khalis Khadir
Khalis Khadir
30/05/2025
16:12 MYT
SPRM kerjasama dengan Polis Australia tangani rasuah, jenayah rentas sempadan
Zamri berkata, ia merupakan sesi bertukar pandangan mengenai strategi dan amalan terbaik dalam siasatan kes rasuah, pengubahan wang haram serta jenayah kewangan antarabangsa. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan perbincangan rasmi dengan Polis Persekutuan Australia (AFP) bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam menangani isu rasuah dan jenayah rentas sempadan.

Ringkasan AI
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan perbincangan rasmi dengan Polis Persekutuan Australia (AFP) bagi memperkukuh kerjasama dalam menangani rasuah dan jenayah rentas sempadan.
  • SPRM memohon bantuan AFP untuk mengesan suspek yang dikenakan notis merah dan membantu usaha ekstradisi ke Malaysia.
  • Kedua-dua pihak menunjukkan komitmen bersama dalam memerangi jenayah kewangan dan meningkatkan integriti antara negara.

Pertemuan di Ibu Pejabat SPRM di ibu negara pada Jumaat itu diketuai Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Zamri Zainuddin dan wakil AFP, Nick Morgan.
Zamri berkata, ia merupakan sesi bertukar pandangan mengenai strategi dan amalan terbaik dalam siasatan kes rasuah, pengubahan wang haram serta jenayah kewangan antarabangsa.
“Kerjasama rentas negara amat penting dalam mendepani cabaran jenayah moden yang semakin kompleks. SPRM juga telah meminta bantuan AFP bagi mengesan seorang suspek yang dikenakan notis merah dan sedang disiasat oleh BOK.
“AFP memberi komitmen untuk membantu melalui kerjasama dua hala termasuk usaha mengekstradisi suspek terbabit ke Malaysia untuk didakwa mengikut undang-undang sedia ada,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Jelas beliau, ini menunjukkan komitmen Malaysia dan Australia dalam memperkasa undang-undang untuk memerangi jenayah rasuah secara lebih berkesan.
Zamri turut merakam penghargaan kepada Nick Morgan atas kerjasama berterusan AFP dengan SPRM sekali gus usaha ini juga mampu meningkatkan nilai integriti antara kedua-dua negara.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#jenayah rentas sempadan
#AFP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan