awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM masih siasat dakwaan ceroboh balak di HSK Nenggiri

Sinar Harian
Sinar Harian
21/06/2022
23:45 MYT
SPRM masih siasat dakwaan ceroboh balak di HSK Nenggiri
SPRM Kelantan masih meneruskan siasatan kes pencerobohan balak yang didakwa berlaku di Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang. -Foto fail
KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan masih meneruskan siasatan kes pencerobohan balak yang didakwa berlaku di Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.
Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain berkata, suruhanjaya tersebut kini sedang meneliti maklumat berkenaan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
“Siasatan masih berjalan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan status siasatan berhubung dakwaan berlaku pencerobohan balak di HSK Nenggiri.
Pada 15 Jun lalu beliau mengesahkan SPRM Kelantan menerima maklumat berhubung kes pencerobohan balak tersebut.
Sebelum ini, akhbar melaporkan, polis menerima laporan berhubung kes pencerobohan balak yang didakwa berlaku di HSK Nenggiri dibuat oleh pengawas hutan pada 2 Jun lalu.
Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa mendedahkan dakwaan berlaku pembalakan di beberapa kawasan termasuk kompartmen 26, 29 dan 41 di HSK Nenggiri.
Husam mendakwa keluasan hutan simpan kekal yang diceroboh di kawasan terbabit adalah 80 hektar.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JPNK
#HSK Nenggiri
#pencerobohan balak
#Hutan Simpan Kekal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan