awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
AMD sahkan Steam Machine akan mula dihantar awal tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM perlu guna teknologi tinggi untuk bantu selesaikan siasatan - Akhbar Satar

Khalis Khadir
Khalis Khadir
22/10/2024
15:01 MYT
SPRM perlu guna teknologi tinggi untuk bantu selesaikan siasatan -  Akhbar Satar
Akhbar Satar berkata, pengumuman kerajaan yang meningkatkan peruntukan RM360 juta kepada SPRM berbanding RM338 juta tahun lalu adalah satu langkah yang efektif. - Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Peruntukan besar yang dberi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah wajar kerana agensi itu perlu beradaptasi dengan pelbagai teknologi tinggi dalam menjalankan siasatan.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Akhbar Satar berkata, pengumuman kerajaan yang meningkatkan peruntukan RM360 juta kepada SPRM berbanding RM338 juta tahun lalu adalah satu langkah yang efektif.
“Saya rasa poligraf itu satu langkah ke hadapan diguna oleh SPRM, sebab kalau kita lihat Singapura adalah negara yang utama menggunakan poligraf. Poligraf digunakan oleh agensi penguatkuasa undang-undang, sistem kehakiman, sektor swasta dan media di beberapa negara untuk menentukan sama ada seseorang itu bercakap benar.
“Maknanya kredibiliti dan kepentingan poligraf itu untuk memastikan kita cepatkan siasatan. Selain itu saya rasa kecerdasan buatan ini merupakan satu perkara yang perlu ditingkatkan SPRM untuk membantu dari segi data besar dan sebagainya,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Jelasnya, pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu jelas menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan integriti penjawat awam.
Akhtar berpandangan, pengukuhan tadbir urus insan juga perlu dipertingkat kerana segala pengendalian teknologi pada dasarnya masih memerlukan manusia untuk mengendali sesebuah sistem.
Beliau menyimpulkan, langkah berkenaan lebih menjimatkan kos negara sekiranya kerajaan berjaya melahirkan masyarakat berintegriti selari dengan objektif gagasan Malaysia MADANI.
Agenda AWANI: Belanjawan 2025 | Perangi rasuah, reformasi institusi dan penjawat awam
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#SPRM
#Belanjawan 2025
#kecerdasan buatan
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan