awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM rancang tingkat kemahiran pegawai dalam komunikasi strategik, pengurusan krisis

Bernama
Bernama
12/06/2025
15:15 MYT
SPRM rancang tingkat kemahiran pegawai dalam komunikasi strategik, pengurusan krisis
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memperkukuh kemahiran pegawainya yang terlibat dalam bidang komunikasi strategik dan pengurusan krisis. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memperkukuh kemahiran pegawainya yang terlibat dalam bidang komunikasi strategik dan pengurusan krisis.
Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM Hisyam Mohd Yusoff berkata inisiatif berkenaan bagi mendapatkan akreditasi daripada Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM), sebuah badan profesional yang berperanan menetapkan etika dan piawaian dalam bidang perhubungan awam di negara ini.
Beliau berkata ia selaras dengan Pelan Komunikasi Strategik SPRM 2026-2030 yang antara lain memfokuskan kepada penjenamaan semula profesionalisme pegawai SPRM bagi memastikan mereka melaksanakan tugas mengikut standard industri.
"Pegawai BKS SPRM yang menjadi ahli IPRM akan menikmati akses kepada latihan berstruktur, pensijilan akreditasi dan jaringan profesional.
"... Ini akan memberi nilai tambah kepada kredibiliti SPRM dalam menyampaikan mesej dengan tepat dan berkesan sekali gus mengekalkan imej positif suruhanjaya," katanya dalam kenyataan selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden IPRM Jaffri Amin Osman di Kementerian Komunikasi, di sini hari ini.
Sementara itu, Hisyam berkata pihaknya hari ini turut mencadangkan supaya IPRM mengambil peranan sebagai badan bebas untuk memudah cara rangka kerja standard dan amalan terbaik pengurusan krisis komunikasi agensi kerajaan.
"Melalui kerangka ini, semua agensi akan mempunyai prosedur operasi standard yang telus dan seragam dalam menghadapi sesuatu krisis komunikasi agar pengurusan komunikasi lebih terarah, konsisten dan berpandukan piawaian profesional," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#kemahiran pegawai
#komunikasi strategik dan pengurusan krisis
#bks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan