awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM Sabah tahan tiga individu termasuk anggota penguat kuasa

Bernama
Bernama
14/07/2023
15:08 MYT
SPRM Sabah tahan tiga individu termasuk anggota penguat kuasa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga individu termasuk seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM12,000.
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga individu termasuk seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM12,000.
Sumber memberitahu penguat kuasa berusia 35 tahun itu yang bertugas di Tawau dipercayai bersubahat dengan dua lelaki berusia antara 40 hingga 50-an, disyaki terlibat dengan kes penyeludupan warga asing.
Anggota penguat kuasa itu bersama dua lelaki berkenaan yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah bagi melepaskan warga asing, ditahan ketika hadir di pejabat SPRM kira-kira 6 petang semalam.
Sumber itu memaklumkan warga asing terbabit yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dipercayai keluar dari Tawau ke Kuala Lumpur tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau.
Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Katanya ketiga-tiga individu itu akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sprm sabah
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#penguat kuasa rasuah
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan