Skip to main content

Malaysia

SPRM selesai rakam keterangan Rafizi pada hari pertama siasatan

Putrajaya , 4 Mei 2026. Bekas Menteri Ekonomi , Rafizi Ramli hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam keterangan berhubung siasatan kes alah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM 1.1 billion melibatkan perjanjian kerjasama stratergik industri semikonduktor antara Kementerian Ekonomi dan Syarikat ARM Limited dari United Kingdom.Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Rafizi tiba di SPRM kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan telah dilepaskan pada pukul 6.30 petang tadi. Gambar Shahir Omar/Astro AWANI.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai merakam percakapan Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dalam pelaburan hari ini.

Menurut SPRM, siasatan tersebut melibatkan nilai RM1.1 bilion antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited United Kingdom, berkaitan satu perjanjian kerjasama strategik dalam industri semikonduktor.

Advertisement

Suruhanjaya tersebut mengesahkan bahawa rakaman percakapan bekas Menteri Ekonomi itu berlangsung selama sembilan jam di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, kehadiran Rafizi adalah bertujuan memberikan kerjasama kepada SPRM dalam melengkapkan siasatan yang dijalankan.

“Beliau (Rafizi) tiba di SPRM kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan telah dilepaskan pada pukul 6.30 petang tadi. Rakaman percakapan akan bersambung untuk hari kedua esok  pukul 10 pagi,” katanya.

Sementara itu, Rafizi ketika ditemui media selepas selesai memberi keterangan berkata proses berjalan lancar, cuma mengambil masa yang panjang.

Rafizi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai butiran atau fokus siasatan kerana perkara itu masih dalam proses.

Must Watch Video