awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM selesai siasatan kes libatkan Pengerusi MARA - Paul Low

Bernama
Bernama
13/03/2017
15:14 MYT
SPRM selesai siasatan kes libatkan Pengerusi MARA - Paul Low
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata kertas siasatan terhadap Pengerusi MARA itu telah dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya untuk penelitian dan keputusan selanjutnya. - Gambar fail
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes melibatkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa, telah pun selesai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata kertas siasatan kes itu telah dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya untuk penelitian dan keputusan selanjutnya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) yang meminta Perdana Menteri menyatakan status penyiasatan kes SPRM yang melibatkan pengerusi MARA itu, di Dewan Rakyat hari ini.
Hanipa juga bertanya sama ada saksi utama kes berkenaan iaitu Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM.
Low berkata siasatan SPRM mendapati tiada keperluan untuk memanggil Tunku Ismail memberi keterangan dalam kes tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Annuar digantung tugas sebagai Pengerusi MARA dan Pengerusi Pelaburan MARA Berhad (PMB) berkuat kuasa serta merta pada 31 Jan lepas berikutan dakwaan berhubung penajaan pasukan bola sepak Kelantan dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) oleh dua agensi berkenaan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#MARA
#Paul Low
#SPRM
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan