awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM siasat pegawai, kakitangan DBKL salah guna kuasa

Astro Awani
Astro Awani
23/08/2016
05:31 MYT
SPRM siasat pegawai, kakitangan DBKL salah guna kuasa
Siasatan SPRM itu bertumpu di bawah kesalahan rasuah dan salah guna kuasa. - Foto Astro AWANI/SYAMIM HASNI
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti beberapa pegawai dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang disyaki menyalahgunakan kuasa untuk mendapat untung atas angin, lapor Utusan Malaysia.
Akhbar itu yang memetik sumber yang tidak dinamakan melaporkan SPRM sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan beberapa dokumen dan maklumat yang boleh membantu siasatan.
Menurut sumber berkenaan pegawai dan kakitangan DBKL itu dipercayai mendapat kemudahan membuat tempahan unit kondominium atau apartmen terutama daripada pemaju projek perumahan tanpa membuat bayaran duit muka.
“Hasil siasatan awal memang benar kita dapati ramai daripada mereka memperoleh kemudahan itu tanpa membuat pembayaran pendahuluan dan mereka hanya menandatangani perjanjian jual beli dengan pemaju kononnya urusan berjalan dengan sah,” kata sumber itu seperti dipetik oleh Utusan Malaysia.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki yang dihubungi oleh akhbar itu turut mengesahkan siasatan.
Katanya, siasatan bertumpu di bawah kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.
Topic Berkaitan
#DBKL
#Rasuah
#salah guna kuasa
#SPRM
#untung atas angin
#utusan malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan