KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 59 kakitangan universiti awam dan swasta dengan 49 daripadanya didakwa di Mahkamah antara 2017 dan Ogos tahun ini, atas kesalahan rasuah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Norazlan Mohd Razali berkata kes itu melibatkan sejumlah RM1,323,203.68 wang haram iaitu RM1,311,403.68 daripada universiti awam dan RM11,800 universiti swasta.
Beliau berkata antara kes itu melibatkan seorang pengarah universiti awam yang ditahan baru-baru ini, didakwa menerima sebuah kereta sebagai dorongan untuk membantu sebuah syarikat mendapatkan tender bernilai RM1.6 juta dan seorang profesor universiti yang turut ditahan berhubung dakwaan tuntutan palsu melibatkan dana penyelidikan RM66,000.
"Insiden rasuah seperti sogokan, penyalahgunaan kuasa, tuntutan palsu dan lain-lain kesalahan kewangan berlaku di universiti awam dan swasta kita," katanya dalam ucaptama pada majlis pelancaran Rangka Kerja Pencegahan Rasuah di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak di sini, hari ini.
Beliau berkata segala bentuk amalan rasuah seperti penyalahgunaan kuasa dan penipuan akreditasi dalam pendidikan tinggi memberi implikasi besar terhadap reputasi institusi dan mengurangkan nilai teras yang cuba diajar kepada penuntut iaitu kejujuran.
Mengenai UIAM, Norazlan berkata ia dinilai sebagai agensi berisiko sederhana pada 2020 tetapi ia tidak bermakna universiti awam itu bebas daripada sebarang amalan rasuah.
"Sejak 2017 hingga Ogos 2022, kami hanya mempunyai dua kes terhadap kakitangan UIAM. Berdasarkan rekod, saya percaya UIAM telah dikendalikan dengan rejim tadbir urus yang agak ketat dan tidak hairanlah jika ia bertujuan untuk memastikan sifar rasuah dengan pengenalan Rangka Kerja Pencegahan Rasuah bagi tempoh lima tahun akan datang," katanya.
Rangka Kerja tersebut menggariskan prinsip dan tatacara universiti terhadap amalan rasuah dalam menjalankan perniagaannya bagi memastikan ahli lembaga pengarah, pihak berkuasa universiti dan semua kakitangan menjunjung nilai-nilai murni dan integriti ke arah mencapai visi dan misinya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
Norazlan ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Rangka Kerja Pencegahan Rasuah dan Korupsi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini. - BERNAMA
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
SolaRIS memberdaya permintaan solar, tingkat peluang kerja - Pakar
Permohonan boleh dibuat bermula 1 April sehingga 31 Disember 2024 dan permohonan NEM Rakyat yang telah diperolehi perlu beroperasi selewat-lewatnya 31 Mac 2025, atau sehingga kesemua kuota rebat SolaRIS habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Masyarakat dinasihati pantau penggunaan tenaga elektrik
Ketua Pegawai Retail, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamal Ariffin A.Rahman berkata cuaca panas melampau mampu memberi kesan kepada kadar permintaan dan penggunaan peralatan elektrik isi rumah.
Perginya Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee
Jenazah Tokoh Wartawan Negara 2014 allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mahmud Isa Arbee selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 7 Shah Alam pada Jumaat.
'No free lunch', tiada penambahan hari tol percuma - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bilangan hari bagi pemberian tol percuma sempena Aidilfitri tahun ini.
Masters Sepanyol: Jun Hao, Wan Arif-Roy King teruskan cabaran
Leong Jun Hao mengesahkan slot suku akhir Sepanyol Masters Super 300 selepas menewaskan pilihan keenam dari Taiwan, Lin Chun Yi.
Ringgit dibuka rendah susulan jangkaan AS tangguh turun kadar faedah
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar AS.
[TERKINI] Bas persiaran terbalik, 2 maut di Bentong
Sebuah bas persiaran dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Km 51.4 arah Timur (Bukit Tinggi - Lentang) lebuh raya Karak Bentong pada awal pagi Jumaat.
Pantau Belanjawan: Riba & gharar dalam aplikasi kewangan digital
9.24 juta telah daftar PADU
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) menunjukkan peningkatan iaitu 9.24 juta telah berdaftar setakat Khamis.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
3 anggota penguat kuasa ditahan minta rasuah daripada pemandu lori
Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 36 hingga 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Negeri Johor sekitar jam 7 malam.
Pemilik, pengarah syarikat terbabit sindiket penyeludupan rokok dan arak haram direman
Mereka juga dipercayai turut menjalankan kegiatan haram lain seperti perjudian secara online.
Dua saksi didenda RM15,000 kerana beri keterangan bercanggah
Dua saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Mohamad Sabu masing-masing didenda RM15,000.
Tuntutan palsu selenggara kapal: SPRM tahan tiga penguat kuasa termasuk pegawai kanan
Tiga individu termasuk seorang pegawai kanan sebuah agensi penguat kuasa disyaki kemuka tuntutan palsu RM1 juta ditahan SPRM.
SPRM tahan pengarah agensi penguatkuasaan terima rasuah lindung aktiviti haram
SPRM menahan tiga individu termasuk pengarah agensi penguatkuasaan negeri yang dipercayai terbabit dengan rasuah.
Saya diarah buka aduan kes rasuah terhadap Wan Saiful berkaitan projek Jana Wibawa - Saksi
Seorang pegawai SPRM berkata beliau diarahkan membuka aduan terhadap Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung dakwaan rasuah berjumlah RM6.9 juta daripada sebuah syarikat berhubung projek Jana Wibawa.
PM Anwar rayu anggota polis perangi jenayah bersungguh-sungguh
Beliau mengakui budaya ini lebih susah ditangkis jika ia sudah berada dalam sistem, namun ia memerlukan disiplin dan integriti yang kuat.
SPRM tahan pegawai kanan polis lindung aktiviti haram
SPRM menahan seorang pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat melindungi aktiviti haram.
Isham mohon SPRM keluar notis isytihar harta terhadap Farhash
Permohonan dibuat terhadap SPRM kepada Farhash susulan kes berkaitan pembelian saham Heitech Padu membabitkan kontrak RM1 bilion kerajaan.