Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan kerana dipercayai terlibat menerima wang sejumlah RM19 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.
Difahamkan, suspek yang berusia 37 tahun dikatakan menerima wang itu daripada syarikat pembinaan utama projek itu selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.
Sumber berkata, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat sekitar bulan Julai dan Ogis tahun lalu.
"SPRM menjalankan siasatan terhadap kajian projek mega di Pulau Pinang itu dan suspek berkemungkinan menyakinkan syarikat pembinaan utama itu bahawa dia mampu menutup dan menyelesaikan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.
"Pembayaran sebanyak RM19 juta sudah dilakukan dengan pembayaran pertama sebanyak RM2 juta adalah pada bulan Julai tahun lalu di rumah suspek.
"Bayaran kedua iaitu sebanyak RM15 juta pula dilakukan kepada sebuah syarikat pada bulan sama dan pembayaran ketiga dan terakhir pada Ogos," katanya.
Sumber juga berkata, suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada jam 3.48 petang tadi.
Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan.
Suspek akan dihadapkan ke mahkamah Putrajaya untuk permohonan reman esok.
Projek mega terowong itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Hilal Azmi
Tue Feb 27 2018
Suspek, 37 tahun menerima wang daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan yang dijalankan oleh SPRM. - FOTO BERNAMA (2017)
AWANI Ringkas: Gaji dan elaun penjawat awam lebih RM2,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
Netanyahu berikrar pada Selasa, untuk menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
MoT pantau rapi situasi letusan Gunung Ruang - Loke
Setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan.
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan
Penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.
SPRM tahan CEO syarikat pembekalan air, pemilik syarikat
Kedua-dua lelaki berusia 38 dan 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 4 petang semalam bagi membantu siasatan.
Menteri Kabinet zahir penghargaan kepada warga pekerja
Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun bagi meraikan sumbangan warga pekerja dengan sambutan tahun ini yang bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa'.
Bayi maut disyaki akibat didera, polis tahan empat individu
Polis menahan empat individu di sekitar sini yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang bayi perempuan berumur sembilan bulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), dipercayai akibat didera, minggu lalu.
Rasuah RM3.3 juta: CEO syarikat air, pemilik syarikat ditahan
Ketua pegawai eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat ditahan semalam berkaitan kes rasuah dan tuntutan palsu RM3.3 juta.
Sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyumbang lebih RM16 juta kepada asnaf di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.
Maklum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, bantuan itu diagih sejak sebelum syawal berjumlah RM16.1 juta kepada 32,250 asnaf di ketiga-tiga wilayah yang mana RM500 diberikan kepada setiap seorang.
Maklum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, bantuan itu diagih sejak sebelum syawal berjumlah RM16.1 juta kepada 32,250 asnaf di ketiga-tiga wilayah yang mana RM500 diberikan kepada setiap seorang.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.