Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pengarah Kastam serta dua orang pengarah sebuah syarikat pada Sabtu dipercayai berkaitan rasuah melibatkan aktiviti penebangan dan perlombongan haram serta penyeludupan.
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, ketiga-tiga suspek ditahan di dua lokasi berasingan dengan bekas pengarah Kastam negeri itu ditahan di pejabat SPRM Kelantan di Kota Bharu manakala dua lagi individu terbabit ditahan di Genting Highlands.
"Saya baru-baru ini mengumumkan bahawa SPRM akan membanteras rasuah yang melibatkan penebangan haram, perlombongan haram dan penyeludupan.
"Sehubungan itu, SPRM telah menahan seorang bekas pengarah Kastam dan dua orang pengarah sebuah syarikat semalam. Bekas pengarah negeri itu ditahan di pejabat SPRM Kelantan manakala dua lagi suspek ditangkap di sebuah hotel di Genting Highlands, sejumlah besar wang tunai juga dirampas semasa tangkapan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut Latheefa, berdasarkan permohonan SPRM, Mahkamah Majistret Kota Bharu telah memberikan perintah reman selama lima hari terhadap suspek, pagi ini.
"SPRM juga membekukan akaun suspek tersebut beberapa individu lain dan entiti yang berkaitan dengan kesemuanya melibatkan 20 individu dan empat entiti," kata Latheefa lagi.
Astro Awani
Sun Sep 29 2019
Menurut Latheefa, berdasarkan permohonan SPRM, Mahkamah Majistret Kota Bharu telah memberikan perintah reman selama lima hari terhadap suspek, pagi ini. - Gambar fail
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
SPRM tahan bekas pengarah Kastam
SPRM tahan seorang bekas pengarah Kastam serta dua orang pengarah sebuah syarikat dipercayai berkaitan rasuah melibatkan aktiviti penebangan dan perlombongan haram serta penyeludupan