awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan Datuk Seri, Datuk bantu siasatan kes suapan kepada penguatkuasa

Bernama
Bernama
25/04/2019
12:18 MYT
SPRM tahan Datuk Seri, Datuk bantu siasatan kes suapan kepada penguatkuasa
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis menahan seorang wanita bergelar 'Datuk Seri' dan seorang lelaki bergelar 'Datuk' bagi membantu siasatan kes memberi suapan kepada penguatkuasa sebuah kementerian, yang dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit.
Menurut sumber, wanita berumur 49 tahun itu yang merupakan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pembekalan ditahan kira-kira pukul 5.30 petang di Ibu Pejabat SPRM di sini, selepas hadir memberi keterangan.
Lelaki berusia 55 tahun yang merupakan penasihat syarikat itu pula ditahan pada kira-kira pukul 11.30 pagi di kawasan Dutamas Raya, Kuala Lumpur, kata sumber itu.
Siasatan awal mendapati kedua-dua individu bersubahat membayar wang suapan kepada penguatkuasa sebuah kementerian sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap syarikat mereka yang menjalankan aktiviti mengutip deposit bagi pelaburan yang tidak sah sekitar Julai 2017, katanya.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Seri Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, dan berkata SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Putajaya pagi esok.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beri suapan kepada penguatkuasa
#Datuk Seri
#lelaki bergelar Datuk
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan