awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Terengganu runding bawa pulang pelajar UPSI menerusi penerbangan ihsan TUDM
DUNIA
IAEA akan teruskan pemeriksaan di Iran selepas keadaan keselamatan
DUNIA
Perbicaraan baharu kematian Diego Maradona diadakan di luar Buenos Aires
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

SPRM tahan eksekutif wanita terima rasuah RM45,000

Bernama
Bernama
10/11/2023
09:20 MYT
SPRM tahan eksekutif wanita terima rasuah RM45,000
Wanita berusia lingkungan 20-an itu ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya pukul 5 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang eksekutif di syarikat yang membekalkan sistem pengurusan pekerja asing ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM45,000.
Eksekutif wanita dalam lingkungan 20-an itu disyaki menerima rasuah sebagai balasan membuat pertukaran ejen pengambilan pekerja asing warga Bangladesh melalui sistem komputer dan dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Jun dan Oktober tahun ini, kata sumber SPRM.
Menurut sumber itu, wanita berusia lingkungan 20-an itu ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya di sini pada pukul 5 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.
Wanita itu kini direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 16 Nov selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#pekerja asing
#sistem pengurusan pekerja asing
#Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami