awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan pemimpin muda PKR Selangor berhubung kekayaan luar biasa

Bernama
Bernama
13/04/2017
11:41 MYT
SPRM tahan pemimpin muda PKR Selangor berhubung kekayaan luar biasa
Timbalan Ketua Pengarah Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan lelaki bergelar 'Datuk' itu pada 2.30 petang tadi di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
Seorang pemimpin muda PKR Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.
Timbalan Ketua Pengarah Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan lelaki bergelar 'Datuk' itu pada 2.30 petang tadi di ibu pejabat SPRM di sini semasa beliau hadir untuk memberi keterangan berhubung kes itu.
"Penahanan itu adalah bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya lelaki itu, yang berasal dari Ampang, disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Ditanya mengenai siasatan kes itu, Azam enggan mengulas lanjut dan hanya memberitahu bahawa SPRM akan memanggil beberapa saksi untuk membantu siasatan itu.
"Buat masa ini (6 petang), beliau masih berada di ibu pejabat SPRM. Dari segi tindakan penyiasatan, kita akan buat banyak perkara termasuk memanggil saksi yang terlibat.
"Jika perlu, beliau akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman," katanya.
Pemimpin muda itu tiba di ibu pejabat SPRM pada 2.30 petang untuk memberi keterangan kali kedua berhubung kes itu selepas berbuat demikian pada 10 Feb lepas.
Beliau yang tiba dengan kereta Audi berwarna hitam, sempat melambai kepada wakil media dan bergambar sebelum memasuki pejabat SPRM.
Sebelum ini, media melaporkan kemewahan luar biasa pemimpin politik muda itu yang didakwa memiliki banglo bernilai jutaan Ringgit selain beberapa kereta mewah walaupun baru menyandang jawatan dalam PKR.
Susulan itu, Ketua UMNO Ampang Datuk Ismail Kijo membuat laporan kepada SPRM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#kekayaan luar biasa
#PKR
#Putrajaya
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan