Skip to main content

Malaysia

SPRM tahan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan badan berkanun, minta dan terima rasuah RM1.6 juta

PUTRAJAYA, 3 Sept -- Logo Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dipercayai telah ditahan kira-kira jam 7.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor. - Gambar fail
Advertisement

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Pengerusi Jawatankuasa Perumahan sebuah badan berkanun di negeri ini kerana disyaki terbabit meminta dan menerima rasuah RM1.6 juta.

Menurut SPRM Johor, individu terbabit didapati menyalahgunakan kuasa dengan memperdaya pemohon tanah kerajaan dalam urusan permohonan lot tapak perumahan.

"Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dipercayai telah ditahan kira-kira jam 7.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.

"Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan kesemua perbuatan tersebut antara tahun 2016 hingga 2025,"katanya.

Sumber SPRM berkata, suspek dipercayai telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta wang kira-kira RM4,000 setiap seorang daripada 400 pemohon lot tapak rumah membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.6 juta.

Wang itu kemudian diseleweng untuk kegunaan sendiri melalui pengeluaran daripada akaun bank jawatankuasa terbabit menggunakan invois palsu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) (A), Sesyen 18 dan Sesyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek akan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya direkodkan.

Must Watch Video

Advertisement