Pengerusi sebuah bank bergelar 'Tan Sri' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pengerusi yang berumur 60-an itu ditahan di ibu pejabat SPRM pada 1.15 tengah hari tadi.
Beliau berkata akaun bank Tan Sri itu yang mengandungi wang hampir RM1 juta telah dibekukan.
"Dia ditahan dan akan disoal siasat berkaitan kes berkenaan," katanya kepada Bernama.
Tan Sri tersebut adalah orang ketiga dari bank itu ditahan SPRM berhubung kes yang sama. Seorang pengarah urusan bergelar 'Datuk' ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu.
Datuk itu ditahan di pejabatnya berhubung rasuah melibatkan tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku mengenai tokoh pemimpin negara.
Sebanyak RM15 juta diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan milik individu yang mempunyai kepentingan dengan Datuk tersebut namun sehingga kini tiada sebarang buku yang diterbitkan.
Susulan itu, SPRM membekukan RM8.1 juta daripada beberapa akaun termasuk milik Datuk terbabit dan beberapa individu lain.
Terdahulu, pada 15 Ogos lepas, tiga penjawat awam - dua daripadanya bergelar 'Datuk' dan 'Datuk Seri' - ditahan SPRM atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Ketiga-tiga mereka yang masing-masing berkhidmat di jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.
SPRM turut membekukan akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang yang ditahan.
SPRM melancarkan operasi besar-besaran untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa setelah Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik Ketua Pesuruhjaya pada 1 Ogos.
Bernama
Mon Aug 29 2016
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata akaun bank Tan Sri itu yang mengandungi wang hampir RM1 juta telah dibekukan. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Siasatan dana RM15 juta: Pengerusi bank bergelar 'Tan Sri' bebas tahanan reman
'Tan Sri' itu ditahan minggu lalu bagi siasatan kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melibatkan dana RM15 juta.