ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 September 2026.
Tular aksi dipercayai lumba kereta di Putrajaya cetus kebimbangan
Rata-rata pengguna menyifatkan aksi tersebut sebagai berbahaya kerana bukan sahaja boleh mengancam keselamatan individu yang terlibat, malah pengguna jalan raya lain.
Nahas helikopter: Jenazah Dr Ainul dijangka dibawa pulang ke Kelantan esok - Suami
Kementerian Kesihatan bersama-sama agensi berkaitan kini berusaha mempercepat proses tersebut bagi kelima-lima mangsa yang terkorban.
21 pesakit wanita, kanak-kanak dipindah susulan kebakaran wad Hospital Jengka - JKN Pahang
Sebanyak 10 pesakit wanita dan tiga pesakit kanak-kanak dipindahkan ke Hospital Jerantut, manakala lapan pesakit kanak-kanak dipindahkan ke HoSHAS.
PAU 2026: 'Kalau kerjasama dengan PH, saya tak mahu jadi calon PRN Melaka' - Akmal Saleh
Beliau berkata pendirian itu telah dinyatakan berulang kali, sambil menegaskan keyakinannya bahawa Melaka mampu dikekalkan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengesahkan bahawa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada 11 September.
Wanita Malaysia ditahan bersama 15kg ganja di New Delhi - Bukit Aman
Wanita berasal dari Perak itu, ditahan selepas pemeriksaan pihak Kastam India terhadap bagasi troli miliknya menemukan dadah berkenaan yang disembunyikan dalam 30 bungkusan.
- Tiada bukti debu beracun gunung berapi rentas atmosfera negara - KP MetMalaysia
Tiada bukti menunjukkan debu beracun daripada letusan gunung berapi di Indonesia, merentasi ruang udara negara seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
- Polis Selangor tumpaskan enam sindiket, RM31.53 juta dadah dirampas
Polis Selangor menumpaskan enam sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah menerusi tujuh siri serbuan di beberapa lokasi berasingan antara 19 hingga 26 Ogos lalu, dengan nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan RM31.53 juta.
- Kenyataan Malaysia di BRICS 2026 bakal angkat kerangka 'Kemanusiaan Diutamakan'
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan Kenyataan Negara tersebut semasa sesi pembukaan sidang kemuncak pada 13 September di Bharat Mandapam.
- PH hormati kuasa Agong dalam isu pengampunan Najib - Amirudin
Pakatan Harapan (PH) menghormati sepenuhnya kuasa dan autoriti Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu dalam memberikan pengampunan, termasuk berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.