Skip to main content

Dunia

Switzerland mahu mansuhkan status "bercerai"

_form_AP
Seorang Ahli Parlimen di Switzerland mencadangkan individu yang bercerai dikembalikan kepada kategori “bujang” dalam borang rasmi. - Gambar hiasan / Imej janaan AI
Advertisement

GENEVA: Kerajaan Switzerland mahu memansuhkan status sivil “bercerai”, umum kerajaan itu pada Khamis, sambil menyokong inisiatif yang dikemukakan Ahli Parlimen liberal, Nadine Gobet.

Gobet daripada Parti Demokratik Bebas yang berhaluan liberal membantah keperluan individu yang bercerai untuk menyatakan status mereka sebagai “bercerai” dalam borang rasmi, walaupun bertahun-tahun selepas perceraian.

Parlimen kini perlu memutuskan perkara itu dan jika diluluskan, memulakan pindaan perundangan yang diperlukan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Gobet berhujah bahawa status berkenaan tidak lagi diperlukan kerana perceraian merupakan urusan undang-undang yang diselesaikan.

Menurutnya, mewajibkan seseorang mengisytiharkan diri sebagai “bercerai” untuk selama-lamanya bermakna satu peristiwa peribadi itu terus “dikekalkan secara pentadbiran”.

Gobet mencadangkan individu yang bercerai dikembalikan kepada kategori “bujang” dalam borang rasmi.

 -- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement