awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan penguat kuasa PBT minta rasuah pemilik restoran letak kerusi, meja di parkir

Astro Awani
Astro Awani
25/05/2024
05:20 MYT
SPRM tahan penguat kuasa PBT minta rasuah pemilik restoran letak kerusi, meja di parkir
Suspek akan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya direkodkan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai penguat kuasa sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada pemilik restoran.
Sumber berkata, rasuah itu sebagai balasan tidak mengambil tindakan kepada seorang pemilik restoran yang meletakkan meja dan kerusi tambahan di kawasan parkir kereta di premis tersebut.
Katanya, suspek lelaki berusia 40-an ditahan petang semalam di sekitar Selangor.
“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak November 2023 hingga kini dan meminta serta menerima bayaran tunai secara bulanan sebanyak kira-kira RM2,000.
“Siasatan juga mendapati suspek dipercayai sering menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp pada setiap bulan kepada pemilik restoran tersebut," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, suspek akan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya direkodkan.
Topic Berkaitan
#SPRM
#restoran
#letak kerusi meja di parkir
#pbt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan