awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia

SPRM tahan semula pegawai kanan agensi Kerajaan Persekutuan Labuan

Bernama
Bernama
29/11/2016
12:56 MYT
SPRM tahan semula pegawai kanan agensi Kerajaan Persekutuan Labuan
Sehingga hari ini, 17 saksi telah dirakam percakapan berkaitan kes ini, dengan dua daripada mereka merupakan kakitangan kerajaan dan selebihnya orang awam daripada beberapa syarikat kontraktor. - Gambar hiasan
Pegawai kanan agensi kerajaan persekutuan Labuan yang dibebaskan daripada siasatan projek medan selera bernilai RM12 juta pada Isnin, ditahan semula untuk siasatan baharu berhubung projek bangunan dan infrastruktur bernilai RM48 juta.
Majistret Hazah Tamin memerintahkan tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini ke atas pengarah berumur 59 tahun itu yang dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Permohonan reman baharu oleh SPRM ini adalah berkaitan projek bangunan dan infrastuktur di Labuan," kata sumber SPRM kepada Bernama hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Menurut sumber itu, sehingga hari ini, 17 saksi telah dirakam percakapan berkaitan kes ini, dengan dua daripada mereka merupakan kakitangan kerajaan dan selebihnya orang awam daripada beberapa syarikat kontraktor.
Pengarah tersebut sebelum ini ditahan bersama dua kontraktor yang telah dibebaskan (selepas kertas siasatan disiapkan), berkaitan siasatan projek pembangunan Rancangan Malaysia ke-10 membabitkan pembinaan medan selera 50 kiosk.
"Kertas siasatan untuk projek medan selera ini telah selesai dan kini pengarah itu disiasat untuk kes projek infrastruktur lain," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#pengarah ditahan
#Rasuah
#salah guna kuasa
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Wilayah Persekutuan Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.