awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan timbalan ketua UMNO bahagian kerana menyeleweng dana OKU

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/09/2020
10:45 MYT
SPRM tahan timbalan ketua UMNO bahagian kerana menyeleweng dana OKU
Lelaki tersebut telah ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang timbalan ketua UMNO bahagian di Perak berhubung dakwaan menyeleweng dana sebuah persatuan orang kurang upaya (OKU).
Difahamkan, lelaki itu merupakan pengerusi persatuan berkenaan serta ahli majlis di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri berkenaan.
Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan ahli politik berusia 61 tahun itu ditahan pada 3 September.
“SPRM menerima laporan bahawa suspek didakwa memindahkan wang kira-kira RM500,000 daripada akaun persatuan ke akaun peribadinya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Fauzi berkata, lelaki tersebut telah ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.
Topic Berkaitan
#dana
#ditahan
#menyeleweng
#NGO
#OKU
#pertubuhan
#reman
#timbalan ketua UMNO bahagian
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan