awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan warga asing bergelar Datuk disyaki kemuka butir matan palsu RM1.1 juta

Bernama
Bernama
12/11/2024
13:45 MYT
SPRM tahan warga asing bergelar Datuk disyaki kemuka butir matan palsu RM1.1 juta
Menurut sumber, lelaki berusia 40-an yang merupakan warga Bangladesh ditahan kira-kira 9 malam semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Selangor. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman seorang pengarah syarikat bergelar Datuk disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan permohonan kuota pekerja asing untuk kelulusan Kementerian Sumber Manusia bernilai kira-kira RM 1.1 juta.
Perintah reman selama enam hari hingga 17 Nov itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pagi tadi.
Menurut sumber, lelaki berusia 40-an yang merupakan warga Bangladesh ditahan kira-kira 9 malam semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Selangor.
"Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar 2023 dengan mengemukakan dua permohonan kuota melibatkan 600 pekerja asing oleh syarikat berkenaan sedangkan pembekalan tenaga kerja bagi projek yang dikemukakan tidak wujud.
"Dua permohonan ini melibatkan pembayaran levi kira-kira RM650,000 dan RM460,000," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#warga Bangladesh
#bergelar datuk
#butir matan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan