KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melengah-lengahkan pendakwaan terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hampir enam bulan untuk memberi tekanan dan ugutan kepada Ahli Parlimen Muar itu supaya menyokong kepimpinan tertentu.
Pegawai Penyiasat SPRM Mohd Syahmeizy Sulong, 37, berkata tindakan SPRM menuduh Syed Saddiq ke mahkamah pada 22 Julai 2021 meskipun izin untuk mendakwa dikeluarkan pada 4 Jan tahun sama adalah kerana pihaknya perlu menyelesaikan siasatan terhadap ahli politik itu.
"Terdapat lima kertas siasatan dibuka terhadap YB Syed Saddiq dan semua keterangan berkenaan kertas siasatan itu perlu diselaraskan bagi memastikan tiada keterangan bertindan.
"Pendakwaan tidak dapat dilakukan pada 4 Jan 2021 kerana hanya satu daripada lima kertas siasatan berjaya disiapkan dan ia hanya boleh dilakukan pada 22 Julai 2021 selepas kesemua kertas siasatan sudah dilengkapkan," katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam Gobind Singh Deo pada perbicaraan kes Syed Saddiq yang berdepan empat pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Disoal peguam, siapa yang mengarahkan supaya 'dihentikan' dahulu pendakwaan terhadap Syed Saddiq, saksi pendakwaan ke-25 itu menjawab: Tiada siapa arahkan saya.
Menurut Penguasa Kanan SPRM itu, beliau tidak pernah menghubungi Syed Saddiq memintanya bersedia untuk pergi ke mahkamah bagi dituduh berhubung kes dihadapinya.
Gobind: Saya katakan dalam kes ini bahawa pegawai yang sering menghubungi YB Syed Saddiq memaklumkan supaya beliau bersedia untuk dituduh di mahkamah adalah Tuan Ihsan (Penguasa Kanan SPRM Mohd Ihsan Sapuan)?
Mohd Syahmeizy: Saya tidak tahu.
Gobind: Tuan Ihsan telah hubungi YB Syed Saddiq lebih kurang empat kali untuk maklumkan supaya bersedia untuk dituduh, tetapi kemudian tak jadi tuduh dan saksi menjawab: Tidak tahu.
Saksi juga tidak bersetuju dengan peguam bahawa tindakan pegawai SPRM itu adalah untuk memberi tekanan kepada Syed Saddiq dan memaklumkan ahli politik itu akhirnya ditangkap pada 13 Julai 2021 serta arahan supaya beliau dibawa ke mahkamah dikeluarkan oleh Ketua Cawangan Siasatan B SPRM Putrajaya bernama Abdul Malik.
Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melengah-lengahkan pendakwaan terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. - Gambar fail/BERNAMA

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.

Isu peruntukan Syed Saddiq akan selesai dalam masa terdekat - Fadillah
Isu peruntukan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan diselesaikan dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

'Jangan kacau, itu (Bella) saya punya' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengambil peluang menyampaikan baju Melayu berona biru dan merah jambu ketika berpeluang bertemu Perdana Menteri.

RUU PSB: Kos sara hidup pemilik hartanah dijangka meningkat mendadak
Melalui pindaan itu, projek pembangunan yang sebelum ini di bawah pembiayaan kerajaan dan sektor swasta kini diambil alih sepenuhnya pihak pemaju.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.

Syed Saddiq, Bella masak bersama, netizen doakan berjodoh
Mereka berdua dilihat memasak lasagna dan puding karamel bersama, sambil berinteraksi dengan penonton secara santai dan menghiburkan.

Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah
Andai demikian ciri yang disenaraikan, tentu sekali ahli politik tiada masalah untuk mencuri hati Bella kan?

Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.

Syed Saddiq tekad guna semua saluran untuk dapatkan peruntukan
Syed Saddiq tekad untuk menggunakan semua saluran yang ada termasuk diplomasi dengan kerajaan dan undang-undang bagi mendapatkan peruntukan untuk kebajikan pengundi di Muar.

Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.