awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta

Bernama
Bernama
27/11/2024
11:05 MYT
SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan memutuskan demikian selepas peguam Razlan Hadri Zulkifli, yang mewakili SRC, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd memaklumkan rundingan antara kedua-dua pihak masih berjalan.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi tempoh tambahan dua minggu kepada SRC International Sdn Bhd serta dua anak syarikatnya untuk menyelesaikan kes saman terhadap UMNO dan UMNO Selangor melibatkan RM19.5 juta yang didakwa diterima secara salah pada 2015.
Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan memutuskan demikian selepas peguam Razlan Hadri Zulkifli, yang mewakili SRC, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd memaklumkan rundingan antara kedua-dua pihak masih berjalan.
"Rundingan masih berjalan dan penyelesaian hampir diperoleh namun bukan dalam tempoh terdekat ini... oleh itu, kami masih memerlukan masa bagi mendapatkan arahan lanjut daripada anak guam berkaitan penyelesaian," kata peguam itu yang memohon perbicaraan hari ini ditangguhkan.
Peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman, yang mewakili UMNO, dan Muzzammil Merican Hasnal Rezua, yang mewakili UMNO Selangor, turut mengesahkan perkara itu serta memberi jaminan akan memaklumkan status rundingan kepada mahkamah sekiranya penyelesaian dicapai.
Ahmad Mohzanuddin, yang membenarkan penangguhan prosiding hari ini, berkata sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, mahkamah akan meneruskan perbicaraan kes itu pada 20 Jan tahun depan dan menetapkan 12 Dis ini untuk kemas kini status rundingan.
"Mahkamah memberi keutamaan kepada kes ini dan saya menasihati pihak-pihak yang terlibat agar tidak kehilangan momentum bagi mencapai penyelesaian.
"Pada peringkat ini, saya tidak akan melayan sebarang permintaan untuk penangguhan," katanya.
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.
Dalam saman terhadap UMNO, plaintif menuntut RM16 juta yang didakwa dipindahkan secara salah kepada parti politik itu dan mendakwa UMNO tidak mempunyai asas untuk menerima dana berkenaan.
Saman kedua pula melibatkan tuntutan RM3.5 juta terhadap UMNO Selangor yang didakwa diterima secara salah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SRC International
#UMNO
#kes saman
#UMNO Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan