KUALA LUMPUR: SRC International Sdn Bhd dan sebuah anak syarikatnya memperoleh perintah injunksi mareva daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai sehingga RM42 juta.
Perintah itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran Arifin pada satu prosiding dalam talian hari ini selepas membenarkan permohonan SRC dan Gandingan Mentari Sdn Bhd yang merupakan plaintif pertama dan kedua dalam saman SRC ke atas Najib selaku defendan.
Injunksi mareva merupakan perintah sementara yang mengekang defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan.
Mahkamah mengarahkan Najib, 68 supaya tidak mengalih, melupus, mengendali atau mengurangkan nilai asetnya di dalam dan di luar Malaysia bernilai sehingga RM42 juta, sehingga keputusan akhir saman itu dikeluarkan.
Selain daripada itu mahkamah juga mengarahkan Ahli Parlimen Pekan itu mendedahkan kepada peguam SRC (plaintif) secara bertulis aset beliau di dalam atau di luar Malaysia bernilai sehingga RM42 juta dalam tempoh 30 hari selepas perintah itu diserahkan kepada Najib.
Bekas perdana menteri itu juga dibenarkan mengeluarkan dan membelanjakan wang daripada sebuah akaun bank atau sumber lain tidak melebihi RM100,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup dan guaman yang mahkamah ini menyatakan ia adalah termasuk perintah injunksi mareva sementara diperoleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Mohd Arief Emran juga menetapkan pengurusan kes pada 13 Mei depan.
Seorang peguam daripada Tetuan Rosli Dahalan Saravana Partnership yang mewakili SRC ketika dihubungi mengesahkan keputusan mahkamah itu.
Pada 8 Feb, 1MDB dan anak syarikatnya Global Diversified Investment Company Limited (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited memperoleh perintah injunksi mareva daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang Najib daripada melupuskan atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia sehingga US$681 juta.
Bagaimanapun pada 18 Feb, Najib memfailkan permohonan untuk mengetepikan injunksi mareva itu. Pendengaran permohonan itu ditetapkan pada 6 Mei depan.
Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas beliau didapati bersalah menyelewengkan RM42 juta dana SRC. Kes ini dalam peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022

Mahkamah mengarahkan Najib, 68 supaya tidak mengalih, melupus, mengendali atau mengurangkan nilai asetnya di dalam dan di luar Malaysia bernilai sehingga RM42 juta, sehingga keputusan akhir saman itu dikeluarkan. - Gambar fail/Astro AWANI

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Banjir: Penduduk New South Wales diarah berpindah
Jabatan Kecemasan Negeri mengeluarkan lebih 35 arahan berpindah sejak Sabtu.

The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Pembukaan itu turut bersempena ulang tahun ke-25 wilayah pentadbiran khas Hong Kong kembali ke pangkuan Beijing pada 1 Julai.

20 maut bas tergelincir masuk gaung
Kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil di wilayah berkenaan ketika bas tersebut dalam perjalanan ke Quetta dari Rawalpindi.

Polis kutip saman RM440,350
Orang ramai mengambil kesempatan melunaskan saman melalui potongan diskaun sehingga 50 peratus sempena jelajah tersebut.

Sabah terus beri tekanan kepada JDT di puncak Liga Super
Kejayaan itu menyaksikan Sabah berjaya mengumpul 22 mata, selain mengukuhkan kedudukan di tempat kedua.

Maut terkena sabit sendiri ketika menyamun
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi itu ketika suspek mendatangi mangsa yang juga warga asing di sebuah premis.

Najib mahu jawab afidavit pendakwaan, mahkamah tetap 29 Julai pengurusan kes
Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjawab afidavit pendakwaan yang membantah permohonannya untuk mengemukakan bukti tambahan dalam kesnya yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah benarkan Muhammad Shafee dapatkan sementara pasport untuk ke Itali
Muhammad Shafee ke Itali bagi urusan pertukaran sekolah anak perempuannya.

Kedudukan Nazlan di Maybank sebelum ini tiada kaitan dengan kes Najib - TPR
Kedudukan hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali di Maybank Berhad sebelum ini adalah tidak relevan dengan kes terhadap Najib Razak.

Badan Peguam Malaysia bantah permohonan Laidlaw untuk wakili Najib di mahkamah
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah disifatkan memiliki lebih banyak pengalaman, dan lebih layak berbanding Jonathan Laidlaw.

Pengurusan kes Najib kemukakan bukti tambahan dijadual semula pada Khamis
Tarikh pengurusan kes bekas perdana menteri itu yang pada awalnya ditetapkan hari ini, dijadualkan semula pada Khamis (30 Jun).

Pengurusan kes permohonan Najib kemuka bukti tambahan kes SRC Isnin depan
Pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan itu akan berlangsung melalui sidang video.

Mahkamah tetapkan 19 Julai untuk putuskan persoalan undang-undang berhubung siasatan Nazlan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 19 Julai ini untuk memutuskan persoalan undang-undang berhubung siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan.

Hakim kes Najib tarik diri dari pendengaran QC
Hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar permohonan Jonathan Laidlaw, Peguam Diraja (QC) United Kingdom untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhirnya.

Rayuan UMNO batalkan saman SRC International ditolak
Terdapat beberapa isu yang telah ditimbulkan di dalam pliding yang difailkan termasuk isu pelanggaran tanggungjawab fidisuari.

Pendakwaan bantah permohonan Peguam Diraja UK wakili Najib dalam rayuan kes SRC
Peguam Diraja dari UK Jonathan Laidlaw tidak menunjukkan sebarang kelayakan atau pengalaman istimewa berkenaan undang-undang negara ini selain tidak berkelayakan dalam Bahasa Malaysia.