KUALA LUMPUR: Srikandi Bersatu mencadangkan supaya parti itu meletakkan 30 peratus calon daripada kalangan sayap itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata cadangan itu berdasarkan pengalaman Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini, apabila Perikatan Nasional (PN) berani mempertaruhkan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya menang ketika itu.
"Ini menunjukkan kepimpinan wanita diiktiraf dan diberi kepercayaan memimpin negeri dan negara. Srikandi menaruh sepenuh keyakinan agar peranan wanita dalam politik dapat terus diperkasakan, digemilangkan lagi bagi memperkukuhkan proses libat urus bersama kaum wanita di negara ini.
"Justeru, saya dengan ini mencadangkan untuk PRU15 akan datang, 30 peratus calon mestilah datang daripada kalangan Srikandi bagi memperkasakan dan memartabatkan kepimpinan daripada kalangan wanita sepertimana keyakinan sama diletakkan terhadap sayap Srikandi di PRN Melaka baru-baru ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Srikandi Waja Negara pada Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi kali ketiga bersempena Perhimpunan Agung Tahunan kali keempat Bersatu, di sini hari ini.
Rina berkata beliau turut menyokong penuh penubuhan sayap Srikandi Muda sebagai penggerak mendekati golongan beliawanis.
Beliau berkata Srikandi Muda sebelum ini hanya merupakan sebuah biro wanita dalam kalangan beliawanis yang menjadi sukarelawan membantu program Srikandi.
"Sudah tiba masanya biro ini diangkat untuk menjadi salah satu sayap dalam parti Bersatu. Saya percaya sayap keempat ini pasti akan mengukuhkan lagi parti, membolehkan Bersatu terus terbang lebih tinggi dengan mendampingi golongan beliawanis menerusi program dan platform yang sesuai dengan usia mereka," katanya.
Pada 16 Dis, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata penubuhan sayap Srikandi Muda akan melibatkan pindaan Perlembagaan Bersatu yang bakal dimuktamadkan pada perhimpunan kali ini.
Selain itu, Rina mengumumkan untuk mewujudkan Tabung Kebajikan Srikandi untuk membantu dan membela kebajikan para Srikandi dan sebagai permulaan, beliau menyumbangkan RM50,000 hari ini untuk diagihkan kepada ahli Srikandi yang kehilangan suami dan sumber mata pencarian.
- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
Datuk Seri Rina Mohd Harun berucap ketika Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi Bersatu sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) hari ini. - BERNAMA
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Wanita PN siap siaga hadapi PRU15 - Rina
Kesediaan jentera Wanita Perikatan Nasional sentiasa berada pada tahap memuaskan susulan khabar angin mengenai PRU15, kata Rina.
Srikandi Bersatu mahu 30 peratus jadi calon PRU15 - Rina
Srikandi Bersatu mencadangkan supaya parti itu meletakkan 30 peratus calon daripada kalangan sayap itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
PRN Melaka: Seorang positif COVID-19, jentera Srikandi Bersatu diarah kuarantin
Sekumpulan jentera Srikandi Bersatu yang membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diarah kuarantin selepas salah seorang daripada mereka disahkan positif COVID-19.
Srikandi Bersatu kekal teguh bersama Perdana Menteri - Rina
Rina berkata, segala bentuk provokasi dan cubaan mengganggu gugat kestabilan politik di negara ini perlu dihentikan.
PRN Sabah: Calon wanita, Srikandi Bersatu serah kepada pucuk pimpinan
Srikandi Bersatu menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti dalam menentukan calon dari kalangan wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.