awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SSLR jadi penghubung Sarawak, Sabah - Fadillah

Bernama
Bernama
11/09/2025
12:45 MYT
SSLR jadi penghubung Sarawak, Sabah - Fadillah
Anwar (enam, kanan) pada Majlis Peluncuran Projek Sarawak Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2) di Sg Limbang 3, Nanga Mendamit dekat sini, hari ini. - Gambar Bernama
LIMBANG: Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Fasa 2 yang dilancarkan hari ini akan menjadi nadi penghubung penting antara Sarawak dan Sabah tanpa melalui Brunei.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata melalui jalan berkenaan, rakyat di kawasan utara Sarawak tidak lagi terbeban dengan caj lintasan, urusan pasport atau perlu melepasi pos imigresen sebelum sampai ke destinasi.
Beliau berkata laluan ini juga akan membuka peluang ekonomi baharu buat masyarakat pedalaman, melengkapkan prasarana asas serta merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.
"Bagi rakyat di Limbang, Lawas dan kawasan pedalaman utara Sarawak, projek ini amat signifikan. Selama ini, ramai bergantung pada jalan balak yang bergantung pada keadaan cuaca dan memakan masa lama.
"Apabila siapnya SSLR nanti, perjalanan ke Miri atau Sabah akan lebih mudah, selesa dan menjimatkan kos," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan projek SSLR Fasa 2 di Nanga Medamit di sini.
Projek SSLR Fasa 2 dijangka siap pada 2029 melibatkan anggaran kos RM7.6 bilion.
Projek sepanjang 335 kilometer itu akan menghubungkan kawasan Mulu, Nanga Medamit (Limbang), Long Luping (Lawas) serta Ba'kelalan.
Projek tersebut merangkumi pembinaan jalan raya, jambatan, jejambat, lampu jalan dan sistem perparitan.
SSLR Fasa 2 merupakan kesinambungan kepada SSLR Fasa 1 bermula dari Lawas ke Long Luping yang dimulakan pada 2021 dan kini telah mencapai kemajuan pelaksanaan sebanyak 57.6 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#SSLR
#nadi penghubung
#prasarana asas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan