awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SSM siasat dua syarikat pelaburan tanaman sawit

Bernama
Bernama
15/10/2023
07:01 MYT
SSM siasat dua syarikat pelaburan tanaman sawit
SSM memandang serius dakwaan itu kerana ia menjejaskan amalan tadbir urus korporat baik yang seharusnya dipraktikkan oleh pengarah-pengarah syarikat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjalankan siasatan terhadap dua syarikat yang menawarkan skim kepentingan berbentuk pelaburan kongsi tani berkaitan penanaman kelapa sawit di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) dan Akta Skim Kepentingan 2016 (ASK 2016).
SSM dalam kenyataan hari ini menyebut siasatan itu dijalankan susulan 46 aduan dan laporan berhubung insiden pembayaran pulangan pelaburan dalam bentuk dividen, yang diterima agensi berkenaan membabitkan dua syarikat itu dari April hingga September lepas.
"Lanjutan daripada aduan itu, pada 25 Sept lepas SSM telah membuka kertas siasatan dan melakukan pemeriksaan fizikal di pejabat pengurusan skim-skim berkenaan serta lokasi penanaman kelapa sawit bagi meneliti isu yang dibangkitkan.
"Menerusi pemeriksaan yang dijalankan, empat kompaun dikeluarkan kepada dua pengarah syarikat, seorang pengurus dan syarikat pengurusan di bawah Seksyen 46(1) ASK 2016 dengan nilai keseluruhan kompaun berjumlah RM1 juta pada 25 Sept," menurut kenyataan itu.
SSM memandang serius dakwaan itu kerana ia menjejaskan amalan tadbir urus korporat baik yang seharusnya dipraktikkan oleh pengarah-pengarah syarikat.
"Pelabur yang terkesan dengan skim-skim kepentingan berdaftar dan mempunyai maklumat untuk membantu siasatan, disarankan tampil untuk membuat aduan melalui e-mel ke [email protected] atau hubungi 03-2299 4400," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SSM
#syarikat pelaburan
#tanaman sawit
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan