awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SSM umum inisiatif tambahan pengurangan kompaun bantu perniagaan, korporat pulih

Bernama
Bernama
02/07/2023
23:15 MYT
SSM umum inisiatif tambahan pengurangan kompaun bantu perniagaan, korporat pulih
Pada awal tahun ini, SSM mengumumkan lapan inistiatif bagi membantu pemulihan ekonomi negara 2023 termasuk tiga inisiatif pengurangan kompaun.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui agensinya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) semalam mengumumkan inisiatif tambahan pengurangan kompaun bagi menyokong fasa pemulihan perniagaan dan korporat masa ketika ini.
SSM dalam satu kenyataan semalam berkata inisiatif pengurangan kompaun di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 itu melibatkan pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus daripada nilai asal bagi Seksyen 68(2) dan Seksyen 68(3) Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 kepada pemilik Perkongsian Liabiliti Terhad yang telah ditawarkan kompaun dan telah patuh.
Inisiatif tersebut berkuat kuasa mulai 3 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023 dan bakal memanfaatkan 16,765 Perkongsian Liabiliti Terhad.
"Inisiatif ini selaras dengan usaha SSM untuk mendorong pematuhan perundangan di samping mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia, ia diharapkan dapat membantu komuniti perniagaan dan korporat untuk meneruskan perniagaan di dalam persekitaran perniagaan yang mencabar pasca pandemik COVID-19," katanya.
Pada awal tahun ini, SSM telah mengumumkan lapan inistiatif bagi membantu pemulihan ekonomi negara 2023 termasuk tiga inisiatif pengurangan kompaun.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SSM
#pengurangan kompaun
#pemulihan perniagaan
#pemulihan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan