KUALA LUMPUR: Stadium Merdeka, satu daripada mercu tanda ikonik bersejarah negara dijangka dibuka kepada orang ramai menjelang suku pertama 2024 selepas ia ditutup sejak 2016.
Pelbagai aktiviti termasuk sukan, acara warisan dan gaya hidup telah disediakan untuk pengunjung apabila stadium ikonik berkapasiti 20,000 tempat duduk itu mula beroperasi di sebelah menara kedua tertinggi di dunia, Merdeka 118.
Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad (PMVSB) Tengku Datuk Ab Aziz Tengku Mahmud berkata sekolah dan kelab sukan akan dibenarkan untuk menjalankan aktiviti sukan mereka di stadium itu.
"Stadium yang bertemakan penyatuan dan inklusif adalah hasrat Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Stadium Merdeka untuk membawa dan menyatukan semua rakyat Malaysia.
"Lokasi untuk pelari dan pelajar sekolah mencari trek larian yang sesuai di dalam bandar tidak jauh dari tempat mereka bekerja atau tinggal.
"Apabila dibuka semula, ia juga akan menjadi tempat penganjuran hari sukan dan kem latihan untuk sekolah, manakala kelab bola sepak boleh menyambung latihan dan perlawanan persahabatan di stadium," katanya kepada Bernama selepas melawat stadium itu, di sini baru-baru ini.
Tengku Ab Aziz berkata PMVSB juga berhasrat untuk menganjurkan acara berjalan kaki warisan dan lawatan berpandu untuk pengunjung harian bagi mempromosikan tapak sejarah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia pada 1957.
Beliau percaya kerjasama dengan jenama gaya hidup dan kecergasan untuk penganjuran pelbagai acara seperti larian bulanan, yoga, taici atau outdoor spin juga merupakan potensi yang belum diterokai untuk Stadium Merdeka.
"Sambutan tahunan bertemakan Merdeka melalui aktiviti bersama jiran sedia ada diharap dapat mengaktifkan stadium dan memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling. Kami juga sedang mengkaji kemungkinan menjual pelbagai minuman berkonsep 'pop-up' atau kafe makanan serta minuman dengan harga berpatutan," katanya.
Stadium Merdeka dianggap sebagai keajaiban kejuruteraan Persekutuan Tanah Melayu apabila ia mula dibina pada 1956 dan siap dalam tempoh setahun dan menjadi tuan rumah bagi detik paling bersejarah apabila Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos 1957, diikuti dengan pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963.
PMVSB telah menubuhkan Merdeka Heritage Trust (MHT) pada 2006 untuk memulihkan, memelihara dan mengurus Stadium Merdeka, termasuk pemindahan teres tempat duduk untuk kapasiti tempat duduk yang lebih besar iaitu 45,000 tempat duduk yang dibina untuk Sukan SEA 1989.
Apabila Menara Merdeka 118 siap kelak, pengunjung boleh mempunyai akses mudah ke Stadium Merdeka serta ke Masjid Merdeka yang baru dibina, Merdeka Boulevard dan Muzium Tekstil Merdeka, semuanya terletak berhampiran dengan pintu masuk utama stadium.
“Orang ramai juga boleh menikmati pemandangan bandar yang menakjubkan, dikelilingi oleh tarikan komersial, riadah dan runcit. Presint Merdeka 118 akan menjadi destinasi utama rakyat Malaysia dan juga pelawat antarabangsa,” katanya.
Bagi peminat sukan, Stadium Merdeka pastinya tempat yang penuh kenangan, menjadi kubu kuat Harimau Malaya, dalam menganjurkan pelbagai Pestabola Merdeka dan perlawanan bola sepak, melihat pemain handalan dari Jepun dan Korea Selatan, serta pertarungan tinju bersejarah antara "The Greatest" Muhammad Ali dan Joe Bugner pada tahun 1975.
Stadium itu juga telah menyaksikan beberapa penganjuran konsert oleh artis terkenal dunia termasuk Michael Jackson pada 1996, Linkin Park, Mariah Carey, Avril Lavigne, Justin Bieber dan Jennifer Lopez.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023
Stadium Merdeka dianggap keajaiban kejuruteraan Persekutuan Tanah Melayu apabila ia mula dibina pada 1956 dan siap dalam tempoh setahun serta menjadi tuan rumah bagi detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. - Gambar fail BERNAMA
Abang mendiang Michael Jackson meninggal dunia
Tito yang merupakan abang kepada mendiang Raja Pop, Michael Jackson meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hilang tangan, tapi kanak-kanak Palestin miliki impian besar
Mahmoud Youssef Ajjour yang berusia sembilan tahun menanam impian untuk menjadi juruterbang pada satu hari nanti.
Nama suspek cubaan bunuh Donald Trump didedah
Suspek yang dikenali sebagai Ryan Wesley Routh didakwa sering memuat naik tentang perang di Ukraine di media sosialnya.
Seorang cedera dalam insiden letupan di bandar Cologne
Seorang orang awam mengalami cedera ringan dan telah dibawa ke hospital terdekat, selain berlaku kerosakan bangunan komersial akibat letupan berkenaan.
20 hingga 50 orang dianggar terbunuh di Papua New Guinea
Penasihat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mate Bagossy, berkata setakat Ahad sekurang-kurangnya 20 kematian telah disahkan akibat insiden berkenaan.
Vietnam rugi AS$1.6 bilion akibat Taufan Yagi
Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, berkata kejadian banjir dicetuskan oleh taufan sama yang berlaku di Myanmar adalah yang terburuk dalam sejarah negara itu.
Mural "Keluang Man" tarikan pelancong di DUN Mahkota
Hasil seni lukisan mural tiga dimensi di Kluang menjadi tarikan bagi pengunjung yang gemar bergambar. Antara lukisan yang menarik adalah animasi adiwira "Keluang Man" yang sinonim dengan daerah itu.
Feri penumpang ke Langkawi selamat bergerak
Sebuah feri dari Kuala Perlis ke Langkawi bagi perjalanan 2.30 petang yang membawa 567 penumpang terkandas di beting pasir petang tadi telah selamat bergerak ke Langkawi malam ini.
Dasar Tahun 6, Tingkatan 3 tiada peperiksaan dibawa ke Kabinet - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) melihat secara positif pandangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai dasar pendidikan negara yang tidak melaksanakan peperiksaan bagi Tahun 6 dan Tingkatan 3, dan bersetuju bahawa dasar tersebut perlu dirombak.
Pereka dalaman dibunuh kejam, 20 tikaman ditemui di badan
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata hasil pemeriksaan awal, pihaknya menganggarkan terdapat kira-kira 20 kesan tikaman di beberapa bahagian tubuh mangsa dengan lima kesan tikaman ditemukan pada sebelah kiri rusuk.
TSSC 2024 buka lembaran baharu buat Stadium Merdeka - Abd Karim
TSSC 2024 pada Ogos depan disifatkan bakal membuka lembaran baharu buat stadium penuh bersejarah negara, Stadium Merdeka.
Stadium Merdeka gamit memori berterusan sejarah kemerdekaan negara
Pembukaan semula Stadium Merdeka, dapat berterusan menggamit memori sejarah, memupuk nilai dan semangat patriotisme ketika negara mencapai kemerdekaan.
Kementerian Komunikasi tawar kerjasama dengan PNB anjur pembukaan Stadium Merdeka
Kementerian Komunikasi mempunyai kapasiti untuk menyediakan bahan arkib berkaitan Stadium Merdeka, yang mula dibina pada 1956.
Stadium Merdeka dijangka dibuka semula pada suku kedua tahun ini
Stadium Merdeka, yang merupakan satu daripada mercu tanda ikonik bersejarah negara dijangka dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini selepas ia ditutup sejak 2016.
Menara Merdeka 118 cerminan kemajuan pesat negara
Pemulihan Stadium Merdeka dan pembangunan Menara Merdeka 118 yang berdiri gah bersebelahannya benar-benar mencerminkan sejauh mana negara telah berkembang maju.
Stadium Merdeka, ikonik negara dibuka semula pada suku pertama 2024
Pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung apabila stadium berkapasiti 20,000 tempat duduk itu mula beroperasi di sebelah Merdeka 118.
Selamat tinggal Maradona...
Maradona meninggal dunia pada Rabu akibat serangan jantung di kediamannya di Daerah Tigre, utara Buenos Aires, ibu negara Argentina.
Detik 1957 mendominasi sambutan Hari Kebangsaan 2017
Persembahan tahun ini mengembalikan detik bagaimana tanah air dibina hasil kepayahan yang diatasi secara kebersamaan dan perkongsian kuasa oleh anak Malaysia.
'Konsert Search 35 Tahun' ditangguh atas faktor keselamatan
Keputusan ini diambil atas faktor keselamatan para pengunjung dan keadaan persekitaran Stadium Merdeka di mana lokasi konsert akan diadakan.
Mariah Carey ucap terima kasih kepada peminat Malaysia
Diva pop itu menitipkan ucapan berkenaan melalui akaun Twitternya dan kini dalam persiapan untuk konsert di Singapura.