awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
New York dilanda salji tebal, ribuan perjalanan terganggu
Gunung Etna meletus, abu tebal cetus amaran penerbangan
Polis Delhi tahan ratusan individu dalam operasi keselamatan menjelang Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Standard Durian Kampung Premium dilancar mudahkan rujukan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
26/06/2020
09:29 MYT
Standard Durian Kampung Premium dilancar mudahkan rujukan
Ahmad Hamzah berkata walaupun Jabatan Pertanian menetapkan standard DKP, ia tidak bermakna petani digalakkan menananam durian kampung. Gambar/ Astro AWANI
Jabatan Pertanian melancarkan standard Durian Kampung Premium (DKP) sebagai rujukan kepada petani, penjual dan masyarakat dalam mengenal pasti durian yang berkualiti selain harga setimpal.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, panduan itu penting dalam membezakan durian kampung berkualiti tinggi dan durian gred rendah.
Beliau berkata, antara ciri-ciri dkp yang digariskan adalah buah bertangkai segar, bebas kotoran selain tidak busuk, reput dan berpenyakit.
Katanya ketika ini, harga bagi buah berkenaan masih rendah dan bergantung kepada permintaan meskipun memiliki kualiti yang baik setanding durian klon yang lain.
Selain itu ujarnya, DKP juga bebas daripada kecacatan, kerosakan akibat perubahan suhu tinggi atau rendah, buah berbentuk sempurna, isi berwarna krim atau kuning, ketebalan isi 10 milimeter serta isi rasa berlemak dan sedikit rasa pahit.
"Jabatan Pertanian telah mewujudkan standard untuk mengenal pasti durian-durian yang berkualiti ini sebagai durian kampung premium supaya ia dapat mencapai harga yang berpatutan.
"Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan hasil jualan kepada pekebun-pekebun dengan memberikan mereka harga yang setimpal," katanya selepas melancarkan standard DKP di Chennah, Jelebu, pada Jumaat.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Bakri Sawir dan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Mohd Nasir Warris.
Sementara itu, Ahmad Hamzah, berkata walaupun Jabatan Pertanian menetapkan standard DKP, ia tidak bermakna petani digalakkan menananam durian kampung kerana durian jenis kloin termasuk Musang King mempunyai pasaran lebih besar
Topic Berkaitan
#dkp
#durian
#durian kampung
#jabatan pertanian
#jualan
#kampung
#lebih besar
#pasaran
#standard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan